Antarabangsa

Selepas China, Mungkin India Pula Terima Streetfighter Honda CBF190 R

gempak
Erywan
25/04/2020
04:10 MYT
Sponsor Banner
Selepas China, Mungkin India Pula Terima Streetfighter Honda CBF190 R
Honda CBF190 R tergolong sebagai antara model naked yang mendapat penerimaan jualan positif di China dan beberapa pasaran Afrika Selatan.
Kini, India dikatakan mungkin menerima model ini selepas maklumat yang difailkan ke Pejabat Paten India dapat dihidu pihak media tempatan.
Honda CBF 190R menggunakan enjin silinder tungal 184.4cc dengan teknologi pancitan bahan api, menjana 16.86PS pada 8,000rpm dan tork setinggi 16.3Nm pada 7,000rpm.
Tangki motosikal ini seluas 12 liter dan menggunakan kotak gear lima kelajuan. Cumanya, agak menghairankan apabila beberapa portal menyatakan kelajuan maksimum motosikal naked ala streetfighter ini cuma 107 kilometer sejam. Ini sangat perlahan!
Mungkin, jentera ini dihadkan kelajuannya bagi mengikut piawaian undang-undang sesebuah negara.
Model CBF190 R menggunakan fork terbalik atau USD, sepasang rim 17 inci tampak segar dengan penggunaan lampu jenis LED dan instrumen meter digital penuh.
Ciri lain yang didatangkan bersama model ini termasuk set brek cakera dengan ciri sistem brek antikunci (ABS), cakera brek berbentuk kelopak bunga serta lampu signal amaran kecemasan.
Sekiranya Honda benar-benar membawa model CBF190 R ke India, ia membuka peluang baharu untuk segmen 190cc dan memberi saingan terhadap KTM Duke 200 atau Bajaj Pulsar RS200.
Setidak-tidaknya, Honda ada rancangan untuk menyediakan peluang dan mengekalkan pelanggan di sana untuk menaik taraf daripada motosikal Honda CB Hornet 160R kepada CBF190 R.
Sumber: Ride Apart / Motorbeam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024