BMW Group Malaysia mengumumkan harga baru bagi kenderaan mereka membabitkan model BMW dan MINI.

Bagi model BMW, 7 daripada 11 model yang ditawarkan adalah pemasangan tempatan dan ia memberi penjimatan maksimum kepada bakal pembelinya.


Pengurangan yang paling banyak adalah bagi model BMW 840i Gran Coupe M Sport dengan RM31,388.77. Kini ia dijual pada harga RM937,411 berbanding sebelum ini iaitu RM968,800.

Bagi memudahkan anda, ini senarai harga baru bagi model BMW di Malaysia.


Ini pula senarai harga untuk model MINI. Namun semua adalah versi import yang mana ia menerima pengecualian cukai sebanyak 50 peratus berbanding 100 peratus untuk pemasangan tempatan.