Antarabangsa
Sentuhan Ajaib Dahler Tambah Dos BMW M2 CS Sehingga 520PS Dengan 700Nm
Syarikat talaan yang berpengkalan di Switzerland iaitu Dahler memperkenalkan projek terbaru mereka yang berasaskan BMW M2 CS.
Dengan 450PS dan 550Nm dalam versi standard, M2 CS bukanlah jentera yang lemah namun sentuhan ajaib Dahler membawa prestasi model itu ke tahap yang lebih tinggi.
Dahler menawarkan dua pakej talaan prestasi untuk enjin S55 3.0-liter enam silinder sebaris itu. Sebagai permulaan, pakej Stage 1 akan meningkatkan kuasa enjin tersebut kepada 520PS dan 700Nm, sekaligus membolehkan ia memecut sehingga 302km/j.
Sementara itu, pakej Stage 2 pula ditawarkan untuk pelanggan yang mahukan lebih kuasa dengan janaan mencecah 550PS dan 740Nm. Pengehad kelajuan pula dibuang sepenuhnya. Bagaimanapun, talaan ini tidak mematuhi piawaan emisi di Switzerland dan Eropah, jadi ia hanya ditawarkan untuk unit yang dieksport.
Advertisement
Menurut Dahler, peningkatan kuasa ini dicapai menerusi penggunaan sistem ambilan udara gentian karbon Eventur. Komponen yang berbentuk kon ini menggunakan efek Venturi untuk meningkatkan kecepatan udara yang masuk ke dalam enjin bagi mendapatkan respon yang lebih cepat serta bunyi yang lebih menarik.
Selain itu, Dahler turut menawarkan sistem ekzos keluli tahan karat yang boleh didapati dengan muncung dengan diameter bersaiz 90mm atau 100mm. Turut ditawarkan adalah sistem suspensi ‘coilover’ Clubsport atau set spring sport yang dibangunkan sendiri oleh syarikat itu.
Pelanggan yang mahukan penampilan yang lebih menonjol boleh memilih rim aloi Dahler CDC1 berukuran 20 inci yang boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk emas. Di dalam, terdapat ‘roll bar’ dan tempat duduk sport untuk kegunaan semasa di litar lumba.
Must-Watch Video