Watch

Street Cub cari makan

gempak
Public Anonymous User
10/02/2018
02:12 MYT
Sponsor Banner
Street Cub cari makan
Ramai yang menganggap motosikal kategori Street Cub sudah berkubur.
Ternyata persoalan itu sebenarnya meleset kerana motosikal berkenaan masih lagi menjadi kegilaan untuk diubah suai dan mendapat sambutan ramai tidak kira peringkat umur.
Walaupun menyedari jentera yang dimodifikasi itu sukar mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, namun minat dan hobi sudah pasti mengatasi segalanya.
Bagi Zulkifli Abu Bakar, 45, atau lebih dikenali sebagai Pak Long, dunia Street Cub masih lagi diminati tidak kira peringkat umur.
Menggunakan motosikal Demak yang hampir menyamai reka bentuk Honda EX5 jelas menunjukkan yang jentera bukan buatan Jepun, juga mampu diubah suai ke tahap ekstrem.
Jentera keluaran 2010 bersesaran 100 cc yang hanya dikekalkan kerangka asal, disumbat enjin Honda EX5 Dream dengan padanan omboh Shark 53 milimeter (mm) bagi memberikan lebih kuasa.
Selain itu karburetor jenama Uma Racing digunakan bagi memberikan lebih kuasa ketika menunggang.
Bagi sistem ekzos pula, pemilik memilih jenama OPBR yang sememangnya kerap digunakan oleh motorsikal ubah suai berikutan lantunan suara yang terhasil amat garang.
Imej sebenar jentera Street Cub terletak pada tayar ‘bagak atau kabai’ yang bermaksud besar.
Nekad mahu memberikan lebih kelainan pada jentera, sepasang tayar kereta bersaiz mega digunakan supaya kelihatan unik dan berbeza
Justeru bahagian pemegang tayar hadapan dibesarkan bagi memberi laluan kepada rim kustom bersaiz 17 inci dengan padanan tayar Bridgestone Batlax.
Tidak cukup dengan penyerap hentak asal hadapan. Satu lagi penyerap hentak yang dikustomkan ditambah pada sepit udang terbabit bagi menampung daya hentakan dan bebanan jentera.
Belakang pula menggunakan penyerap hentak Sumo Racing yang berkualiti, selain dikatakan mampu menahan beban lebih 300 kilogram.
Bagi menghentikan kelincahan jentera, sistem brek cakera dari Yamaha 125Z dipasang pada tayar hadapan dan belakang.
Imej turut menyerlahkan dengan padanan pendikit Uma Racing serta dua meter unik serta dilengkapi lampu hadapan yang binaan khas.
Seperti kebanyakan jentera jenis ini ekor belakangnya wajib dipotong bagi memuatkan lampu belakang daripada Kawasaki KLX 150 di bahagian dalamnya.
>>Klik untuk galeri gambar motosikal ini.
Sedar tak sedar, Zulkifli sudah pun menghabiskan lebih RM9,000 hanya kos untuk mengubahsuai jentera itu.
Usaha menghasilkan motosikal itu banyak membuahkan hasil apabila kerap memenangi pertandingan motosikal cantik yang disertainya.
Baca juga modifikasi lain:
>>RM37,000 untuk modifikasi Yamaha Y15ZR.
>>Comelnya, Honda MSX 125.
>>Transformasi ekstrem Yamaha TZM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live