Watch
Street Cub dibaluti kain denim terpakai
Kreatif dan unik. Demikian ungkapan yang mungkin terpacul dari mulut mereka selepas melihat Street Cub pilihan drebar.my kali ini.
Ini kerana jentera Honda C90 ini boleh dikatakan keseluruhannya dibaluit material fabrik dari pakaian denim terpakai dan tali guni.
Tidak cukup dengan itu pemilik motosikal juga menggunakan bahan terpakai dari tin minuman dan mengubahnya menjadi lampu hadapan jentera.
Jentera binaan tahun 1982 milik Fiq berumur 29 tahun dari Ipoh Perak ini sememangnya unik dan berbeza dari jentera Street Cub lain.
Lihat rupanya dari jauh sahaja sudah pelik apatah lagi jika diteliti secara dekat.
Untuk pengetahun pembaca, keseluruhan badan motosikal ini tidak dicat, tetapi dibaluti dari kain seluar denim terpakai.
Bermula dari fork hadapan, perumah meter kelajuan, gelabang, tangki minyak dan tempat duduk keseluruhannya dibaluti kain denim.
Keunikan jentera itu tidak hanya terhenti di situ sahaja, sebaliknya jika diamati pada sepasang rim yang digunakan ia menggunakan rim TSR dan disulam pula dengan tali guni.
Satu kerja yang dikatakan ‘gila’ namun sebenarnya ia adalah satu seni halus yang tidak dimilik orang lain.
Beralih pada bahagian enjin pula, rangkaian kuasa yang dijana tiga kelajuan sudah dinaik taraf kepada empat kelajuan.
Ia menggunakan beberapa komponen daripada Honda EX5 dan antara yang ditukar adalah kepala silinder, omboh dan banyak lagi. Perumah enjin pula diberi kemasan krom termasuk pelindung rantai.
Jika melihat pada bahagian ekzos, ia sebenarnya dibina khas manakala turut dipadankan tayar lebar dari Zeneos bersai 150 dibelakang dan 120 dibahagian hadapan.
Jentera dari Ipoh Streer Cub@ISC itu sebenarnya tidak menelan kos tinggi untuk proses modifikasi dan difahamkan pemilik melaburkan tidak sampai RM100 untuk membalut jenteranya dengan kain denim serta tali guni.
Must-Watch Video