Antarabangsa

Subaru tayang wagon berprestasi – Levorg Prototype STI Sport

gempak
Erywan
10/01/2020
06:56 MYT
Sponsor Banner
Subaru tayang wagon berprestasi – Levorg Prototype STI Sport
Subaru Corporation membuka tirai acara Tokyo Motor Show 2020 dengan mempersembahkan Levorg Prototype STI Sport.
Levorg baharu itu adalah model wagon berprestasi yang dipadankan dengan teknologi termaju daripada Subaru.
Subaru mencipta kenderaan itu untuk menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan, pada masa sama dilengkapi dengan teknologi automoni. Berdasarkan falsafah Grand Touring Subaru, juruteranya menghasilkan sebuah kenderaan untuk menawarkan keselesaan dan ciri keselamatan, selain menyeronokkan kepada penumpang serta pemandu.
Jadi Levorg Prototype STI Sport yang dipamerkan pada Tokyo Auto Salon 2020 boleh dikatakan sebagai model masa hadapan hasil gabungan Subaru dengan STI.
Wagon itu juga buat kali pertama bagi Subaru selepas dilengkapi kawalan peredam elektronik. Peredam itu membolehkan kenderaan memberi ciri sporty. Selain itu, ia dipadankan pemilihan Mod Pemanduan yang mana ia boleh mengubah karakter unit kuasa, stereng, peredam dan pacuan semua roda.
Buat masa ini, Subaru tidak mendedahkan berhubung rangkaian kuasanya atau sama ada ia akan dikeluarkan untuk pasaran nanti.
Pastinya, ia menjadi jentera yang cukup menarik dan agak ‘rare’ kerana model wagon ketika ini tidak banyak pengeluar automotif untuk menghasilkannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live