Antarabangsa

SUV 7 tempat duduk, Tiguan Allspace kini dilancarkan harga bermula RM164,430

gempak
Erywan
12/08/2020
07:34 MYT
Sponsor Banner
SUV 7 tempat duduk, Tiguan Allspace kini dilancarkan harga bermula RM164,430
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan rangkaian model Tiguan Allspace serba baharu, sebuah SUV menarik yang dijangka memberi impak besar dalam segmen SUV tempatan.
Dua varian ditawarkan membabitkan Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI. Kedua-duanya dipasang tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.
Tiguan Allspace dengan tapak roda lebih panjang menjadikannya sebuah SUV yang benar-benar luas. Seterusnya dapat menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk. Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya, ia mampu menawarkan ruang seluas 700 liter.
Jika tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat, SUV berkenaan memberikan ruang yang sangat luas iaitu 1,775 liter, terbaik dalam kelasnya.
Tiguan Allspace Highline 1.4TSI - RM164,430
Luaran
Tiguan Allspace Highline serba baharu dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh, rim Kingston 18 inci serta lampu kabus di hadapan dan belakang.
Dalaman
Banyak ciri astetik dan fungsi boleh didapati pada Tiguan Allspace Highline. Ruang dalamannya hadir dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, tempat duduk elektrik 12-talaan untuk pemandu dan sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu 3 zon demi keselesaan semua penumpang. Stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jelajah membuatkan pemanduan Tiguan Allspace Highline cukup menyeronokkan.
Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace Highline menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm. SUV ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km.
Ketersambungan
Digital Cockpit bersaiz 11.7” dengan paparan colour thin-film transistor (TFT) beresolusi tinggi menawarkan pelbagai fungsi dan ciri dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk navigasi serta media. Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan aspek personalisasi ke tahap baru dengan lebih 30 pilihan kombinasi.
Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang banyak melalui unit utama dengan skrin sentuh Composition Media bersaiz 8”. Ia menyokong kamera belakang, selain sistem infohibur dan menu kenderaan yang lengkap.
Ciri-ciri Keselamatan
Tiguan Allspace Highline dilengkapi pelbagai ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), brek Multi-collision, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control.
Tiguan Allspace R-Line - RM208,553
Luaran
Tiguan Allspace R-Line menampilkan gayaan sporty menerusi bampar hadapan dan belakang R-Line, garis pada panel sisi hadapan, ekzos berkembar serta spoiler belakang. Penampilan keseluruhannya disempurnakan lagi dengan rim aloi Sebring bersaiz 19”.
Ruang dalaman
Selain daripada tempat duduk hadapan dengan talaan elektrik 12-cara yang dibalut kulit Vienna. Ruang kabin itu turut dipasang dengan lencana R-Line pada tempat duduk, stereng, pedal sports aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium pada bahagian hadapan dan belakang, kemasan dekoratif ‘Dark Grid’ serta kemasan bumbung berwarna hitam.
Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV yang menawarkan ruang, keselesaan dan prestasi. Sebuah SUV yang cukup mantap, ia dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG). Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.
4MOTION
Tiguan Allspace R-Line serba baharu dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan. Ini kerana sistem pacuan semua roda tersebut mengagihkan kuasa kepada semua empat roda bila dan di mana ia diperlukan. 4MOTION berfungsi selari dengan sistem-sistem keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Electronic Stability Programme (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).
Ketersambungan
Selain Digital Cockpit yang cukup jelas, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi sistem infohibur navigasi Discover Pro bersaiz 9.2” yang mudah dioperasi. Terima kasih kepada plug-in App Connect (Apple Carplay, Android Auto, Mirrorlink) yang lengkap dengan kawalan suara dan gestur untuk memberikan ketersambungan bebas tangan sepenuhnya kepada pemandu.
Ciri-ciri Pemanduan
Tiguan Allspace R-Line hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih personal. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mode pemanduan - Comfort, Normal, Individual dan Off-Road. Setiap penyerap hentak disambungkan ke satu sistem yang mampu mengira data daripada sensor bagi memberikan talaan optimum untuk dipadankan dengan keperluan serta kecenderungan pemandu.
Keselamatan
Hill Descent Control (HDC) ialah satu ciri keselamatan tambahan yang menawarkan kawalan laluan off-road mengujakan apabila mode Off-Road diaktifkan. Ciri tersebut yang merupakan sebahagian daripada sistem 4MOTION akan menekan brek dan pendikit apabila diperlukan. Ia bagi memastikan kenderaan bergerak pada kelajuan stabil dan terkawal ketika menuruni bukit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live