Antarabangsa
Suzuki Raider R 150 (2020) Hitam Kini Dijual Di Thailand
Suzuki Raider R150 (2020) kini ditawarkan dengan pilihan warna hitam kuning di pasaran Thailand.
Pilihan warna baharu itu menampilkan perincian badan berwarna hitam dengan kemasan emas pada rim depan dan belakang.
Menggunakan tagline King of Hyper Under Bone, penampilan rekaan dan grafik masih lagi sama dengan Suzuki Raider dan Satria F150 (import dari Indonesia) yang ditawarkan oleh Suzuki Vietnam.
Kemasan kuning boleh dilihat pada bahagian sisi kapcai menerusi perkataan Suzuki yang besar. Sistem pencahayaan LED dan mentol halogen binaan dalam berbeza dengan rekaan berasingan yang ada pada versi Indonesia.
Suzuki Raider didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc 4 lejang DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8500rpm.
Ia menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik bersama transmisi 6-kelajuan membolehkan Raider memecut pantas dan paling berkuasa dalam segmen 150cc.
Selain warna baharu berkenaan, Thailand juga menawarkan dua warna sedia ada iaitu GP Blue (biru) dan Red Black (merah hitam).
Must-Watch Video