Ryan Bakery adalah nama yang sangat besar dalam dunia media sosial pada masa kini. Konten konten yang dikongsikannya sangat digemari oleh seluruh lapisan masyarakat.
Hanya menggunakan jenama dengan nama sendiri, Ryan saat ini menjadi individu paling banyak pengikut dengan 3.3 juta serta sebanyak 96.5 juta kemas kini termasuk video yang telah ditonton platform TikTok @ryanbakery.
Di Instagram pula, anak kelahiran Perak yang menggunakan nama @ryanfahmibakery telah mengumpul hampir 800 ribu pengikut dengan hanya sekitar 131 kemas kini.
Dia juga menjadi salah seorang calon dalam Digital Content Creator Tergempak dari anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMW) yang dijadual berlangsung pada 26 Februari ini.
Meski namanya cukup terkenal dan semakin menjadi rebutan pihak pihak tertentu untuk berkolaborasi dan menggunakan khidmatnya, Ryan dengan rendah diri mengatakan dirinya masih budak kampung yang sedang membiasakan diri dalam dunia komersial.
Malah, sehingga kini dia masih menetap di kampungnya, di Temerloh, Pahang dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika punya pekerjaan.
Kata Ryan, duduk di kampung memberi memberi dia lebih banyak ruang dan kebebasan untuk menghasilkan konten.
“Saya ini budak kampung, jadi kalau duduk kampung rasa seronok, tenang saja. Idea nak buat konten pun senang datang.
“Entah, setakat sekarang belum terfikir lagi untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Saya dan isteri masih menetap di Temerloh dan jika ada kerja, baru kami datang KL. Itupun berulang alik, maksudnya datang pagi, pulang selepas selepas kerja.
“Lagipun ia hanya ambil sekitar dua jam empat minit kalau tidak ada halangan, jadi biarlah duduk di kampung dulu, seronok,” katanya sewaktu ditemui Gempak baru baru ini.
Biar bekerja dan menghasilkan bahan dari kampung, Ryan akan memastikan setiap konten yang dikongsikan kelak masih menyengat sekaligus tidak melanggar sensitiviti dan memberi manfaat kepada warganet.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Maliah Surip
Sat Jan 28 2023
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.