Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tekaan Juri-Juri Nampaknya Mengena! Pelakon Liza Abdullah Figura Di Sebalik Maskot Kurita!

Izwan Isa
13/01/2023 15:22 MYT
Menepati tekaan juri-juri The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), pelakon Liza Abdullah didedahkan identitinya di sebalik maskot Kurita pada minggu ini.

Pendedahan Liza sebagai peserta ketiga yang tersingkir menerusi konsert keempat itu turut menandakan berakhirnya perjalanannya dalam TMSMY3.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Kurita adalah:

Elly Mazlein - Liza Abdullah
Zul Ariffin - Malek Noor
Misha Omar - Liza Abdullah
Ella - Ramlah Ram
Shuib Sepahtu - Liza Abdullah
Emma Maembong - Liza Abdullah
Sharnaaz Ahmad - Liza Abdullah
Didie Alias - Liza Abdullah
Atu Zero - Liza Abdullah

Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3