Modifikasi

Thor24 - Ada 24 silinder, 12 supercharger dan 3,424hp dijual RM50 juta

Erywan
28/11/2019
02:21 MYT
Apa yang anda lihat, inilah trak binaan khas luar biasa kerana mempunyai 24 silinder dan 12 supercharger untuk menghasilkan 3,424hp.
Bagi membina trak ini, Mike Harrah mengambil masa tujuh tahun dengan pelaburan mencecah USD7 juta (RM29 juta). Menariknya, trak yang bernama Thor24 itu kini sudah bertukar pemiliknya apabila dijual secara bidaan di Arab Saudi dengan harga USD12 juta (RM50 juta).
Nampaknya usaha Harrah membuahkan hasil dengan memperoleh keuntungan USD5 juta (RM20.8 juta), seolah-olah ia adalah upah untuk membina Thor24 itu. Trak dengan berat lebih 13 tan itu sebenar tidak di bawa ke Arab Saudi untuk acara lelongan baru-baru ini, ternyata kalau membawanya sudah pasti kosnya juga terlalu mahal untuk ke sana. Kalau dilihat secara luaran, banyak kemasan krom lebih-lebih lagi pada bahagian enjinnya. Bagi memberhentikan jentera yang berat itu, ia mempunyai empat payung brek Simpson.
Sementara itu, ia juga menggunakan enjin helikopter untuk dijadikan generator bagi menyalurkan kuasa kepada barangan elektrik seperti televisyen 40 inci dan sistem audio.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video