Isuzu Malaysia bakal menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada pemilik Isuzu D-Max yang berjaya membuktikan betapa tahan dan lasaknya trak pikap mereka melalui jarak yang dilalui.

Peraduan yang dikenali Cabaran Super Mileage itu, terbuka kepada semua pemilik D-Max yang mana mereka perlu menghantar maklumat mereka secara atas talian sebelum 31 Julai ini untuk layak memenangi hadiah utama bernilai RM15,000.

Sebelum menyertai peraduan itu, D-Max peserta perlulah mencatatkan jarak perjalanan minumum 200,000km.

Melalui kod QR pada laman web Isuzu Malaysia, pemilik hanya perlu mengikuti arahan mudah untuk memuat naik jarak perjalanan dan keadaan kenderaan mereka.

Pemilik D-Max yang mempunyai jumlah jarak penggunaaan tertinggi, disahkan akan membawa pulang hadiah berjumlah lebih daripada RM38,888.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, ramai pemilik kenderaan Isuzu terdiri daripada mereka yang mencatatkan jarak pemanduan yang tinggi.

“Kami ingin bertemu dengan pemilik-pemilik seperti ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kenderaan Isuzu membantu urusan pengangkutan mereka,” katanya.