Antarabangsa

TMF bersama MDEC Lancar Pertandingan Pembangunan Urban Generasi Baru Dan Pengurusan Trafik Global

gempak
Erywan
13/02/2020
10:10 MYT
Sponsor Banner
TMF bersama MDEC Lancar Pertandingan Pembangunan Urban Generasi Baru Dan Pengurusan Trafik Global
Toyota Mobility Foundation (TMF) memeterai persetujuan dengan Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) untuk melancarkan program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).
Ia adalah pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini yang akan menarik penyertaan inovatif dan berdasarkan data membabitkan peserta peringkat global.
Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kecekapan di dalam perancangan bandar, serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari.
Kerjasama itu juga akan membolehkan Kuala Lumpur menjadi pelopor untuk meletakkan tanda aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini. Ia juga menjadi pertandingan peringkat global yang pertama bagi meningkatkan mutu serta kualiti hidup penduduk di Kuala Lumpur, cabaran ini menawarkan geran bernilai sehingga US$1.5 juta (RM6.21 juta).
Justeru itu, CATCH akan mencari jalan untuk mengatasi cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dengan pembabitkan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan.
Peserta yang terdiri daripada entiti pemula, ahli akademik dan institusi kaji selidik hinggalah badan koporat serta termasuk juga khalayak umum.
Mereka boleh menyumbang untuk membangunkan konsep dan mencadangkan penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data untuk merencana infrastruktur bandar di masa hadapan. CATCH juga akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasakan mereka dalam usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, yang selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.
Rakan usaha sama bagi data ini terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia. Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama berkata, TMF ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia, menggunakan pendekatan yang dipacu oleh kemapanan, inovasi dan kerjasama.
“CATCH direka dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menggalakkan campur tangan berasaskan data dengan tumpuan terhadap masyarakat bagi memperbaiki perancangan bandar serta ekosistem mobiliti,” katanya pada majlis Perkenalkan Pertandingan Pembangunan Urban Generasi Baru dan Pengurusan Trafik Global. Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; Ketua Pegawai Operasi MDEC, Surina Shukri dan Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024