Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: Iman Troye Aiskrim Roti Lah! Netizen Hebat, Siap Lock Awal-Awal

Mya Amri
25/02/2022 15:40 MYT
Tepat sekali tekaan netizen! Figura disebalik topeng Aiskrim Roti adalah Iman Troye!

Minggu ini Aiskrim Roti menyampaikan lagu Assalammualaikum nyanyian asal Faizal Tahir.

Sebaik sahaja Aiskrim Roti menyanyikan lagu tersebut netizen sudah dapat meneka selepas mendengar nada suaranya.

Bukan itu sahaja, bayangan yang diberikan sebelum ini juga menunjukkan Aiskrim Roti seorang yang suka menggunakan aplikasi TikTok dan yang terbaharu berkenaan dengan lesen memandu.

Walaupun tersingkir di minggu kelima namun Iman tetap menyatakan rasa gembira kerana diberi peluang untuk memasuki The Masked Singer Malaysia 2.

Minggu ini menyaksikan Orkid, Rambutan dan Seladang berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Ratu Semut, Periuk Kera dan Aiskrim Roti.

Apa pula keadaannya untuk minggu keenam nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#The Masked Singer Malaysia #Iman Troye #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Aiskrim Roti