Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: “Kadang Yang Tak Jangka Itulah Dia, Memang Plot Twist” - Remy Ishak

Mya Amri
11/02/2022 10:04 MYT
Pelakon dan juga juri tetap The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2), Remy Ishak akui bintang-bintang musim kali ini lebih sukar untuk diteka.

Menurut Remy, petunjuk yang diberikan kali ini juga lebih menyukarkan juri.

“Susah! Secara jujurnya sangat susah untuk meneka. Petunjuk-petunjuk yang diberikan pun sukar dan banyak bermain dengan psikologi.

“Saya rasa adakalanya petunjuk yang diberikan juga ada plot twist. Kadang-kadang benda yang tidak terjangka kita kena bijak menjangka,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanpun, Remy berkata dia berasa seronok kerana sekali lagi diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri TMSM2.

“Musim kedua ini lagi fun, bukan sebab saya jadi salah seorang yang terlibat tetapi saya sendiri rasa seronok.

“Daripada segi nyanyian, lagu dan juga peserta pun semuanya bertenaga. Dari segi kostum pula sangat membantu mereka.

“Kalau musim lalu agak terhad sedikit pergerakan mereka tetapi musim kali ini penambah baikkannya lebih bagus,” ujarnya.

Minggu ini giliran siapa pula yang akan didedahkan? Sama-sama kita saksikan malam ini.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#Remy Ishak #Juri Tetap #The Masked Singer Malaysia #Masked Singer #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #Masked Singer 2