Antarabangsa
Toyota 4Runner TRD Pro Terima Warna Baharu, Kemas Kini Rim Dan Fox Shock
Setiap tahun, Toyota memperkenalkan warna baharu buat model off-road 4Runner, Tacoma, Tundra dan Sequoia TRD Pro.
Terkini Toyota menawarkan warna menyerlah yang menarik perhatian pada kenderaan 4x4 itu menerusi Army Green, Quicksand dan Voodoo Blue untuk model tahun 2021. Toyota TRD Pro menerima warna luaran Lunar Rock baharu bersama hijau kebiruan dan kelabu.
Tidak ketinggalan model itu juga menerima kemas kini rim baharu yang kemudian dibaluti dengan tayar Nitto Terra Grappler.
Sebagai tambahan kepada kasut baharu itu, TRD Pro juga menerima suspensi Fox Shock 2.5-inci dan spring talaan TRD yang menyumbang kepada ketinggian seinci di bahagian depan.
Selain itu, Toyota 4Runners (2021) turut menerima lampu depan LED standard. Model TRD Pro pula menerima tambahan lampu tinggi LED dengan lampu kabus LED.
Jangan lupa model Tacoma, Tundra, dan Sequoia TRD Pro turut menerima luaran warna Lunar Rock tanpa naik taraf suspensi atau lampu LED.
Semua model tersebut dijangka tiba di pasaran pada hujung tahun ini pada harga:
- 4Runner TRD Pro: $51,645 (RM215, 876)
- Tundra TRD Pro: $54,645 (RM228,416)
- Tacoma TRd Pro: $45,250 (RM189,145)
- Sequoia TRD Pro: $65,000 (RM271, 700)
Must-Watch Video