Tempatan
Toyota Corolla baharu dibuka untuk tempahan harga bermula RM128,888
UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi kenderaan sedan segmen C menerusi model Toyota Corolla baharu yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Jentera itu ditawarkan dengan dua varian membabitkan 1.6G dan 1.8E yang masing-masing dijual pada harga anggaran RM136,888 dan RM128,888.
Nampaknya, ia menerapkan imej sedikit Toyota Camry baharu dan ternyata memiliki karakter yang berani dan menarik. Jentera itu direka semula dengan menggunakan TNGA (Toyota’s New Global Architecture) yang memberi prestasi lebih baik, dinamik dan keselesaan pemanduan.
Bagi meningkatkan ciri keselamatannya, Corolla baharu itu kini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang menyediakan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan ciri-ciri canggih.
Nama Corolla dianggap sebagai kereta paling di dunia dan ia juga adalah kenderaan pertama yang dipasang di Malaysia kira-kira 50 tahun lalu. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang toyota.com.my atau berkunjung ke pengedar Toyota di seluruh Malaysia.
Di bawah video Toyota Corolla yang dijual di Thailand, bentuknya sama cuma beberapa spesifikasi mungkin berlainan untuk pasaran Malaysia.
Must-Watch Video