Antarabangsa

Toyota GR Yaris – Kereta Kompak Tiga Silinder Memiliki 272PS

gempak
Erywan
10/01/2020
03:31 MYT
Sponsor Banner
Toyota GR Yaris – Kereta Kompak Tiga Silinder Memiliki 272PS
Toyota Motor Corporation melancarkan GR Yaris baharu, sebuah kereta kompak sporty dan berprestasi selepas diilhamkan daripada jentera yang digunakan dalam Kejohanan Rali Dunia FIA (WRC).
GR Yaris ditawarkan dengan dua varian iaitu RZ “First Edition” dan RZ “High-performance First Edition” yang mana pra-tempahannya dibuka hanya dalam talian bermula 10 Januari sehingga 30 Jun ini. Jentera yang dijangka dilancarkan pada musim panas tahun itu dibangunkan antara pihak Toyota dengan Tommi Makinen Racing. GR Yaris juga dibina untuk pengguna yang mana mereka boleh memandunya di jalan raya seluruh dunia.
Menariknya dengan model itu, ia menggunakan platfrom TNGA pacuan empat roda. Toyota Gazoo Racing ditugaskan membina GR Yaris dari awal untuk menghasilkan kerangka ketegaran tinggi, selain mengoptimumkan geometri penggantungan depan dan belakang. Selain itu, bahagian badannya dipadankan dengan material aluminium membabitkan hud dan panel pintu, selain panel bumbung plastik bertetulang gentian karbon. Pastinya material itu memberi kenderaan itu lebih ringan berbanding menggunakan logam biasa.
Berhubung prestasinya pula, ia dilengkapi enjin baharu kompak dan ringan dengan tiga silinder berkapasiti 1.6 liter. Sebagai tambahan untuk meningkatkan kelajuan pergerakan pada ruang pembakaran, ia dilengkapi dengan komponen yang ringan, selain mengoptimumkan sistem pengecas turbo serta elemen lain seperti sistem ambilan udara dan ekzos.
Ia menjadikan enjin paling tinggi menyalurkan output dalam kategori tiga silinder dengan menghamburkan 272PS. Kuasa dari enjin itu disalurkan Transmisi Manual Pintar (iMT) dengan enam kelajuan yang memberi pertukaran gear yang lebih baik dan pada masa sama memberi kadar pecutan mengagumkan.
GR Yaris mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang dari 5.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 230 km/j yang dihadkan secara elektronik.
Sistem 4WD Sport ‘GR-FOUR’ yang baharu dibangunkan berfungsi untuk menyalurkan daya yang boleh diubah kepada roda hadapan dan belakang untuk menjadikan pengendalian lebih terkawal di semua permukaan jalan Jentera itu akan dipasang di Kilang Toyota Motomachi yang sebelum ini menjadi tempat pemasangan kenderaan sukan. Di sana, kenderaan itu akan dipasang oleh pasukan Takumi iaitu mereka yang betul-betul pakar dalam pemasangan kenderaan.
Berhubung harganya, RZ "First Edition" dijual pada anggaran YEN3.96 juta (RM147,645), manakala RZ "High-performance First Edition" antara YEN4.56 juta (RM170,000). Pilihan Warna Yang Ditawarkan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live