Tempatan

Toyota Outrun raih RM151,100 untuk salur ke Majlis Paralimpik Malaysia

gempak
Erywan
18/11/2019
06:08 MYT
Sponsor Banner
Toyota Outrun raih RM151,100 untuk salur ke Majlis Paralimpik Malaysia
Sejak penubuhannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sudah menyediakan produk dan perkhidmatan kepada warga Malaysia, dan dalam masa yang sama turut melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui pelbagai usaha untuk menyumbang kepada perubahan sosial dan membantu memperbaiki kehidupan dalam lingkungan masyarakat.
Syarikat induknya, Toyota Motor Corporation (TMC) kini sedang giat membangunkan masyarakat yang lebih merangkum dan lestari serta mengubah hala tujunya untuk menjadi sebuah "syarikat mobiliti". Sempena Olimpik Tokyo 2020, TMC turut memulakan kempen Start Your Impossible, sebuah kempen jangka panjang yang menggalakkan setiap orang untuk melangkaui apa yang dirasakan mustahil dalam diri masing-masing. Untuk itu, menjadi rakan penganjur kepada acara Olimpik dan Paralimpik 2020 di Jepun nanti adalah contoh kepada komitmen berkenaan.
Sebagai menyokong matlamat TMC, UMWT juga telah mensejajarkan usaha-usaha CSR syarikat pada tahun ini dengan mewujudkan platform Start Your Impossible (SYI) melalui dua elemen — acara persembahan musik untuk kebajikan, Toyota Classics; dan satu lagi, Toyota Outrun yang adalah acara larian, juga untuk tujuan kebajikan.
Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama berkata, pihanya sangat berbesar hati untuk membantu dan menyokong mereka yang berkelainan upaya tetapi ingin terus terbabit dengan aktiviti sukan. “Ini selari dengan sokongan padu Toyota Motor Corporation kepada sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai rakan mobilitinya yang pertama," katanya.
Di bawah usaha Start Your Impossible, UMWT memperkenalkan Dual Heroes Concept yang memberi perhatian kepada atlit tempatan yang menggalas cabaran di dua lapangan — dalam sukan dan juga kehidupan harian. Melalui konsep ini, syarikat telah memilih atlit Paralimpik pertama Malaysia yang diangkat sebagai Atlit Tahunan 2016, Abdul Latif Romly sebagai duta.
Bagi memulakan usaha terbaru ini, UMWT menganjurkan acara sulung Toyota Outrun di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia. Sejumlah RM151,100 berjaya dikutip hasil daripada penyertaan peserta. Lebih daripada 3,000 peserta terbabit di dalam acara larian lapan kilometer di sekitar Bandar Rimbayu itu, termasuk 20 orang daripada mereka adalah dari golongan kelainan upaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024