Antarabangsa

Toyota Passo Moda Charm Untuk Kaum Hawa, Siap Ada Cermin Anti-UV!

gempak
Erywan
14/04/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
Toyota Passo Moda Charm Untuk Kaum Hawa, Siap Ada Cermin Anti-UV!
Toyota di Jepun memperkenalkan satu varian hatchback comel edisi terhad untuk kaum wanita, dipanggil Toyota Passo Moda Charm.
Dilancarkan pada awal April lalu, Charm sebenarnya satu varian istimewa yang mirip kepada model Daihatsu Boon, tetapi model ini didatangkan dengan warna metalik merah jambu lembut (Juicy Pink Metallic).
Tona merah jambu ini disesuaikan dengan dua warna lain sebagai kontra iaitu hitam dan putih khususnya pada bahagian tiang kereta, bumbung serta perumah cermin sisi.
Ruang dalaman kereta gadis ini diselimuti dengan material kulit dan fabrik sintetik. Kerusi pemandu dilengkapi ciri pemanas dan barisan kerusi belakang pula boleh dilipat pada kadar 60:40.
Sebagai tambahan, kereta ini dilengkapi butang pemula enjin dan skrin infotainmen bersaiz besar. Cermin kaca pada panel pintu pula adalah jenis anti-UV, melindungi kulit anda daripada pancaran UV berbahaya.
Passo Moda ini dibangunkan untuk kegunaan di kawasan bandar. Ini disokong dengan saiz binaannya sepanjang 2,490 milimeter (mm), lebar 1,665 dan tinggi 1,525mm. Toyota mendakwa badan kereta Passo Moda adalah ringan tanpa mengabaikan soal ketegaran.
Kereta ini dipacu oleh enjin 1 liter tiga silinder aspirasi biasa dengan kotak gear CVT gearbox, menghasilkan 68hp dengan kekuatan tork 92 Nm. Toyota Passo Moda Charm di Jepun dijual pada harga permulaan 1,617,000 Yen (RM64,321) untuk varian standard pacuan dua roda hadapan.
Untuk varian pacuan semua roda, harganya ialah 1,793,000 Yen (RM71,322). Bagi memastikan kaum lelaki yang berminat membelinya, Toyota turut menawarkan empat pilihan warna badan lain iaitu putih, merah, hijau dan coklat lembut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live