Antarabangsa

UMW Toyota Motor Serah Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Kepada Kementerian Kesihatan

gempak
Erywan
24/04/2020
05:16 MYT
Sponsor Banner
UMW Toyota Motor Serah Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Kepada Kementerian Kesihatan
Ketika orang ramai kekal duduk di rumah dan memainkan peranan mereka untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19, syarikat-syarikat dalam sektor korporat pula menawarkan rekaan, kejuruteraan dan kemudahan pengilangan untuk membantu mengeluarkan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh petugas barisan hadapan di hospital.
UMW Toyota Motor adalah satu daripada syarikat itu, yang menyokong usaha berkenaan dengan cara membantu menghasilkan kelengkapan pelindung diri (PPE) melalui anak syarikatnya, Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd (TBU), sebuah syarikat usaha sama dengan Toyota Boshoku Corporation dari Jepun. Kelengkapan itu, yang melindungi petugas-petugas kesihatan daripada dijangkiti wabak berkenaan ketika merawat pesakit, sangat diperlukan dalam jumlah yang besar.
Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata, inilah masanya peranan sebagai syarikat korperat yang bertanggungjawab bagi membantu dengan cara yang termampu bagi memudahkan petugas barisan hadapan menunaikan kerja mereka.
“Kami mempunyai kemudahan yang boleh mengeluarkan PPE, maka kami membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah jumlah stok dengan kadar lebih cepat - tanpa sebarang kos - berbanding terpaksa mendapatkannya dari luar negara,” katanya.
TBU sebelum ini adalah menghasilkan kerusi kenderaan, kemasan pintu serta talam pengalas, jadi syarikat berkenaan mempunyai kemudahan untuk mengeluarkan beberapa peralatan PPE dengan mudah.
Fasiliti berkenaan membabitkan mesin-mesin pemotong reka letak automatik serta mesin jahit industrial, dengan 75 orang pekerja mahir dalam menjahit kerusi kenderaan. Corak awal diperbuat daripada contoh unit seperti kasut pelindung, tudung dan baju yang kemudiannya dimuat naik ke mesin pemotong automatik. Rekaan akhir kelengkapan itu juga telah mendapat kelulusan KKM.
TBU jangka akan dapat menghasilkan 1,500 unit sehari dan menyerahkan 10,000 unit daripada kumpulan pertama kelengkapan yang dikeluarkan kepada KKM hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live