UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) berhubung pemeriksaan dan penggantian booster brek bagi model Hilux dan Fortuner.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat 12,997 unit kenderaan yang terbabit dalam kempen itu.

Ia membabitkan 11,572 Toyota Hilux, manakala Fortuner sebanyak 1,426 unit yang diedarkan oleh UMWT bagi pengeluaran Julai 2018 hingga Jan 2019. Model yang tidak disenaraikan adalah tidak terbabit dengan kempen berkenaan.

Keadaan itu membabitkan omboh resin pada booster brek kenderaan, boleh mengalami prestasi cengkaman brek. UMW Toyota Motor akan menghantar surat pemberitahuan kepada pemilik kenderaan yang terbabit supaya kenderaan mereka diperbaiki. Pada masa sama, tiada sebarang bayaran dikenakan pada pemilik kenderaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pemilik kereta yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis Toyota yang sah atau menghubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).