Apa yang kita lihat sebelum ini ialah model prototaip dan gambar kemasan Nissan GT-R50. Sebuah model supercar yang terhasil menerusi kerjasama Italdesign dan Nissan.
Italdesign melancarkan model pertama GT-R50 dari Litar Tazio Nuvolari di Cervesina, Itali menerusi penstriman video. Rancangan asal pelancaran ialah di Geneva, tetapi terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19.
Nissan GT-R50 by Italdesign adalah hasil kerjasama Nissan dan syarikat pereka Italdesign pada 2018, membawa kepada ciptaan model prototaip kereta terbabit.
Selepas mempersembahkan prototaip itu kepada dunia, Nissan dan Italdesign membuat keputusan untuk melancarkan model kegunaan jalan raya yang dihadkan kepada 50 unit. Kereta GT-R50 pertama akan dihantar kepada pelanggan lewat tahun ini atau awal 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Italdesign, Jörg Astalosch berkata, pihaknya yakin penghantaran kereta pertama kepada pelanggan dapat dicapai walaupun operasi pengeluaran baru disambung semula pda awal bulan ini.
Italdesign menutup operasi sebelum ini disebabkan langkah-langkah kawalan oleh kerajaan Itali dan mencegah penularan wabak Covid-19.
Nissan GT-R50 ini dibangunkan daripada model Nissan GT-R Nismo (R35) iaitu model tahun 2018. Sebenarnya Nissan di Jepun belum memperkenalkan Godzilla generasi baharu. Model R35 ini diperkenalkan pada 2007 dan generasi ini sudah berusia 13 tahun!
Badan luaran kereta ini banyak menerima kemas kini menarik membabitkan set lampu utama hingga ke bampar belakang. Kabin pun ada sedikit pembaharuan.
Jika dibandingkan dengan GT-R Nismo 2018, kereta GT-R 50 mempunyai bumbung lebih rendah iaitu sebanyak 54 millimeter (mm). Bentuk bumbung ada bezanya, lampu utama ialah jenis LED dan lebih segar berbanding Godzilla asal.
Spoiler belakang GT-R 50 ada kelebihan iaitu ia boleh diselaras. Rim aloi 21 inci kustom dikenakan pada model ini.
Ruang kabin ada terima menerima sentuhan tetapi tidak setanding badan luaran kereta ini. Jurureka menghias kabin dengan lebih banyak komponen gentian karbon, material kulit dan Alcantara.
GT-R50 ini menggunakan enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar yang mampu menjana 720PS dengan tork puncak 780Nm. Kotak gear digunakan ialah enam kelajuan sequential dengan klac berkembar.
Sistem brek digunakan datangnya daripada Brembo manakala tugas mengimbang hentakan diserahkan kepada jenama Bilstein. Tayar digunakan adalah jenis Michelin Pilot Super Sport dengan saiz 255/35 R21 (depan) dan 285/30 R21 (belakang).
Walaupun Nissan sudah lama membuka tempahan GT-R 50 iaitu sejak Disember 2018 dengan hanya 50 unit, masih ada unit kosong untuk ditempah. Agak misteri model ini kurang meraih sambutan dan belum habis ditempah peminat dunia.
Harga kereta ini cuma €990,000 (RM4.71 juta) atau hampir lima kali ganda daripada Nissan GT-R Nismo.
Erywan
Fri May 22 2020
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.
"Silence Is Golden" - Ruhainies
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Ajai Tak Peduli Orang Maki, Jujur Mengkritik Lebih Penting? | No Filter - EP04
"Siapa tak kenal kelantangan Ajai kalau bagi komen dekat peserta pertandingan nyanyian? Uishhh! Pedih! Tapi ada sebabnya?
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.