Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[Video] Nissan GT-R 1,100hp cecah 345km/j - Ini bukan Godzilla biasa!

Erywan
08/08/2019 03:08 MYT
Seperti yang kita tahu, Nissan GT-R sudah pun memiliki kuasa dan prestasi mengagumkan biarpun ia dalam kondisi standard.

Namun, berbeza pula dengan model Nissan GT-R keluaran 2009 ini. Biarpun sudah memasuki umur 10 tahun, ia masih lagi kuat selepas diuji kelajuan dalam jarak 1 batu (1.6 kilometer).

Buat pengetahuan anda, jentera itu bukannya biasa-biasa Godzilla selepas sudah menjalani ubah suai yang ekstrem bagi meningkatkan output daripada enjin V6 berkapasiti 3.8 liter turbo berkembar.



Berdasarkan data daripada video di atas, ia memiliki 1,100hp dengan tork setinggi 1,152Nm. Jika mahu dibandingkan, output itu sangat luar biasa berbanding hypercar yang lain.

Pada ujian berkenaan, Nissan GT-R itu membuat kejutan dengan mencatatkan kelajuan sehingga 344.760 km/j dalam tempoh kira-kira 30 saat.