,
Antarabangsa

Volkswagen Arteon Facelift Karakter Lebih Segar Dan Kemas

Erywan
26/06/2020
08:20 MYT
Volkswagen memperkenalkan Arteon facelift yang boleh didapati dalam bentuk sedan dan Shooting Brake, serta versi eHybrid dan R. Arteon diperkenalkan buat kali pertama pada 2017 sebagai pengganti kepada CC.
Dari segi penampilan, model facelift ini tampil dengan wajah yang lebih segar dengan lampu nyalaan siang LED yang bertemu di tengah-tengah jeriji. Bahagian bawah bampar turut direka semula dan kini menampilkan tiga jalur krom. Varian R-Line tampil lebih sporty dengan lubang ambilan udara yang besar.
Bagi pasaran Amerika Syarikat, tiga warna baharu ditawarkan iaitu Oryx White, Kings Red Metallic dan Lapis Blue.
Di dalam, rekaan papan pemuka dan konsol tengah diperkemaskan lagi dengan corong udara baharu, dan susun atur sistem infotainmen dan kawalan pendingin hawa yang lebih ringkas. Selain itu, Arteon turut mendapat stereng baharu yang dilengkapi dengan panel sentuh pada sebelah kiri dan kanan, di samping upholsteri fabrik dan kulit yang dinaik taraf.
Dari aspek kelengkapan, Arteon kini didatangkan dengan sistem Travel Assist yang membolehkan pemanduan separa automatik pada kelajuan dari 0 hingga 210km/j. Kamera pandang belakang turut dinaik taraf dengan dua ciri baharu iaitu Trailer View dan Corner View yang memperluaskan sudut imej kamera dari 90 hingga 170 darjah.
Kelengkapan baharu lain yang turut disertakan adalah sistem infotainmen MIB3 dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar serta sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.
Seperti sebelum ini, Arteon tampil dengan enjin TSI 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 268hp dan 350Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan Tiptronic dan sistem pacuan semua roda 4Motion. Arteon R pula mempunyai 320hp yang dibekalkan oleh enjin yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
drebar

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

gempak
13/07/2021
07:52 MYT
Kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dan hanya satu pemilik sahaja.
drebar

Volkswagen Malaysia Tawar Penjimatan Prihatin Dan Kos Efektif Kepada Pemilik Kenderaan

gempak
08/07/2021
08:07 MYT
Inisiatif itu dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.
drebar

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Versi CKD Buka Tempahan, Harga Bermula RM245,000

gempak
17/06/2021
02:53 MYT
Hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran, selain teknologi dan enjin baharu.
drebar

Volkswagen ID.4 GTX - SUV Elektrik Berprestasi Memiliki 295hp

gempak
04/05/2021
04:10 MYT
Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada 180km/j.