Antarabangsa

Volkswagen Dan Tarik Jeans Bergabung Kumpul Dana Selamatkan Malayan Tapir

gempak
Erywan
24/02/2020
02:28 MYT
Sponsor Banner
Volkswagen Dan Tarik Jeans Bergabung Kumpul Dana Selamatkan Malayan Tapir
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjalin kerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan.
Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusi yang kini sudah boleh dibeli di pasaran.
Koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama itu. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, beliau nyata teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini.
Menurutnya, tunjang utama Volkswagen adalah kelestarian dan kumpulan syarikat itu sudah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia.
“Malayan Tapir adalah spesis terancam di sini, selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orang utan.
"Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat yang mana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” katanya. Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.
Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar berkata, Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik.
Katanya, ia juga ditambah menjadi logo jenama, tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) dimana kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama kami. “Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen.
“Sebagai satu kapsul koleksi, ‘Modern Nostalgia’ banyak berkisar tentang model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurism Malaysia,” katanya.
Malayan tapir adalah satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri.
Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024