Tempatan

Volkswagen lancar Collector’s Edition Beetle - 'Kumbang' terakhir edisi khas jual di Malaysia

gempak
Erywan
11/07/2019
12:50 MYT
Sponsor Banner
Volkswagen lancar Collector’s Edition Beetle - 'Kumbang' terakhir edisi khas jual di Malaysia
Bagi memberi penghormatan selamat tinggal, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model ikonik menerusi model Collector’s Edition Beetle yang eksklusif.
Hanya 75 unit ditawarkan, Collector’s Edition Beetle dijual pada berharga RM164,390 yang didatangkan dua warna. Bagi model pertama, ia digabungkan warna biru, putih dan oren, selain satu lagi ialah merah.
Lebih menarik, model berkenaan hadir pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000. Ia merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Semua 75 orang pemilik juga akan menerima siijil pemilikan rasmi Collector’s Edition.
Membeli sebuah Collector’s Edition Beetle adalah seperti memiliki satu bingkisan sejarah kerana ia akan menjadi model edisi khas terakhir ditawarkan di Malaysia. Model ini memang sangat sesuai kepada peminat Beetle yang mahukan sebuah Beetle unik serta mempunyai sentuhan pertama seumpamanya.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Collector’s Edition Beetle adalah untuk meraikan kejayaan yang sudah dicapai oleh Beetle.
“Apa jua perkara baik perlu ada penamatnya, samalah seperti model terlaris di peringkat global ini.
“Beetle sememangnya menikmati sejarah yang kaya di Malaysia, ia dipasang di Shah Alam pada tahun 1968 dan ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta itu,” katanya.
Menjadi satu ikon reka bentuk dan objek ikutan ramai, Beetle yang memenangi anugerah sudah menawan hati serta minda orang ramai selama 80 tahun ia diproduksi.
Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, lebih 21.5 juta unit dijual di seluruh dunia, sekali gus menjadi antara kereta paling laris dalam abad ke-20. Selepas tiga generasi, Volkswagen mengumumkan bahawa ia akan menghentikan produksi Beetle.
Pelancaran Collector’s Edition Beetle adalah sebahagian daripada kempen Bye Bye Beetle Volkswagen yang diadakan sempena acara Perhimpunan Ikonik pada 13 Julai di Putrajaya.
Di sana, Volkswagen akan cuba untuk memecahkan rekod perhimpunan Beetle paling besar di Malaysia di satu lokasi. Ia menjemput semua pemilik Beetle klasik dan model terkini untuk sama-sama menyertai usaha tersebut.
Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024