Volvo Car Malaysia (VCM) berhasrat untuk memacu momentum dari tahun 2020 dan memasuki tahun 2021 dengan tujuan baharu dan meningkatkan semua bidang perniagaannya.
Pengarah Urusannya, Nalin Jain berkata, 2021 akan menjadi tahun utama kerana pihaknya mahu menukar semua aspek perniagaan kepada penyelesaian yang lebih mampan dan juga membawa lebih banyak penawaran produk untuk memenuhi keperluan berbeza rakyat Malaysia sambil membantu mereka membuat pilihan lebih lestari.
“Kami akan terus mendorong transformasi digital untuk membangunkan sistem digital yang kukuh untuk menyokong perjalanan pelanggan dengan lancar daripada awal proses pembelian hingga kepada pemilikan Volvo.
“Ia diteruskan dengan perkhidmatan selepas jualan yang mereka perlukan, sambil menepati janji perkhidmatan profesional kami, memimpin teknologi keselamatan, dan pemikiran yang prihatin dalam semua yang kita lakukan,” katanya.
Pada tahun lalu, VCM mencatatkan keputusan prestasi dan jualan yang kukuh, meskipun berdepan dengan wabak COVID-19.
Syarikat berkenaan menyaksikan penurunan jualan pada separuh pertama 2020, merekodkan penurunan 56.1 peratus dalam jualan apabila berlaku wabak COVID-19 yang menyebabkan sektor automotif dan ekonomi tempatan terjejas.
Bagaimanapun, jualan kembali pulih pada separuh kedua 2020, sekali gus menutup tahun 2020 dengan kukuh membabitkan jualan keseluruhan 1,950 unit, iaitu 3.6 peratus peningkatan berbanding 1,883 unit tahun sebelumnya.
Nalin berkata, faktor yang mendorong kepada jualan itu ialah pelepasan cukai jualan yang diumumkan dalam pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, dan juga langkah Volvo Car Malaysia memperkukuhkan saluran perkhidmatan pelanggannya dan menerapkan amalan digital baharu.
VCM memperkenalkan Sistem Tempahan Dalam Talian (Online Ordering System) baharu kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian dengan selesa dari rumah dan melaksanakan Digital Silent Salesman (DSS) 2.0, satu platform yang memaparkan semua maklumat diperlukan secara digital mengenai kenderaan di seluruh bilik pameran Volvo di Malaysia.
Erywan
Wed Jan 13 2021


“Jangan Menangis Jenama Kita Ditiru” - Cubaan MyIPO Buat Punchline, Netizen Bandingkan Perbadanan Ini Dengan…
Boleh tahan, percubaan yang bagus! Penuh mesej!

“Saya Pun Baru Berniaga 2 Minggu” - Khairul Aming Buat Keputusan Mengejut Stop Jualan Sambal? Ini Puncanya...
Aduh ramai tak dapat merasa lagi ni

Viral! Apa Ke 'Gila' Koleksi Zip Tie Ini Dijual Jenama Jepun Dengan Harga Lebih RM2 Ribu
Jenama Moschino pernah merilis gaun seperti plastik sampah

Pengakuan Safiey Illias Tentang Kerap Buat Pembedahan Wajah Memang Berani Mati, Macam Mainan Pula Dibuatnya
Dah tu kenapa operate muka tu?

Duduk Rumah RM141 Juta Tapi Air Pancur Kylie Jenner Lemah Betul!
Alahai air yang keluarnya pun...

Bakal Buat Kemunculan Semula, 2PM Hanya Tunggu Kepulangan Junho!
Put your hands up guys! 2PM is back!

10 Tips Tipu Bini: Brother Love Ni Memang Legend, 10 Tips 10 'Pesen' Dia Bagi!
Masih kekal di tangga pertama carta Top 5 Astro First, watak Brother Love yang dipegang Datuk Awie 10 Tips Tipu Bini menjadi perhatian penontonnya.

Teruskan Ibu Ambil GAMBAR Anakmu, Setiap Hari Fizikalnya Berubah – Kenangan Adakala Perlu Dirakam.
Kita bukan obses, tapi sebagai ibu kita berhak untuk meraikan hari-hari bersama si bayi dengan cara kita sendiri. Pedulikan apa orang nak kata jika itu buat ibu bahagia, dan mencipta ‘bonding time’ dengan si kecil.

Saat Ari Wibowo Blak Blakan soal Pindah Agama

COVID 19: 14 Kematian, Penambahan Kes Terus Mendadak, Selangor & Sabah Pegang Rekod Tertinggi Lagi
Makin bertambah, jadi jaga SOP ya guys!