Antarabangsa

VW Beetle Manik Ini Ambil Masa Lapan Bulan Untuk Disiapkan

gempak
Erywan
20/11/2020
08:08 MYT
Sponsor Banner
VW Beetle Manik Ini Ambil Masa Lapan Bulan Untuk Disiapkan
Pengeluaran Volkswagen Beetle ditamatkan tahun lalu, namun model itu masih lagi menjadi kereta paling ikonik pernah dikeluarkan oleh pengeluar Jerman terbabit terutamanya buat orang lama. Sebagai contoh model 1990 yang kini mengalami perubahan 20 tahun kemudian. Karya seni hasil kerjasama organisasi swasta dan awam itu diberi nama Volkswagen Beetle Vochol diambil dari kata 'vocho' iaitu istilah umum untuk Bug di Mexico.
Justeru itu, tradisi manik itu disematkan pada Beetle sebagai satu karya seni. Sebanyak 2,277,000 manik yang digubah dalam pelbagai corak imej menggunakan tangan oleh lapan seniman dari dua keluarga Huichol pada luaran dan dalaman Beetle.
Buat pengetahuan anda, Huichol adalah nama untuk kumpulan pribumi Wixarika, Nayarit dan Jalisco yang memelihara banyak tradisi pra-Kolombia mereka selama berabad-abad, termasuk hiasan manik. Mereka bekerja selama lapan bulan dengan mengambil masa 9,000 jam untuk menyempurnakan projek berkenaan.
Corak pada Beetle itu menampilkan simbol yang memberi penghormatan kepada budaya mereka. Misalnya, terdapat dua ekor ular di atas awan pada hud depan yang mewakili hujan, seekor rusa, kala jengking, burung dan bunga peyote di sisi. Ia juga memaparkan imej individu mendayung kanu di bahagian belakang serta matahari besar pada bumbung yang melambangkan penyatuan antara manusia dan dewa.
Beetle Vochol yang unik dipamerkan di sebuah muzium di Guadalajara, Mexico dan kemudian dipaparkan di Mexico City untuk pameran. Selepas itu, model berkenaan menjelajah dunia dan singgah di muzium Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Timur Tengah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024