Antarabangsa

Yamaha 135LC 2021 Hadir Warna Edisi Istimewa, Stealth Gold

gempak
Erywan
06/01/2021
08:44 MYT
Sponsor Banner
Yamaha 135LC 2021 Hadir Warna Edisi Istimewa, Stealth Gold
Sempena tahun baharu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd menawarkan Yamaha 135LC versi 2021 yang menerima pembaharuan dari segi warna dan corak grafiknya.
Apa yang menariknya dengan versi 2021, ia didatangkan warna edisi istimewa iaitu Stealth Gold. Warna lain turut ditawarkan membabitkan Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan.
Dari segi harganya pula, edisi istimewa itu dijual lebih mahal dengan RM7,118 manakala tiga warna lain dijual pada harga yang masih sama iaitu RM6,868. Harga yang dikatakan itu adalah tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran. Setiap pembelian 135LC 2021, pemiliknya akan diberikan kunci brek cakera Yamaha yang bernilai RM100.
Spesifikasi enjin juga tidak berubah, dimana Yamaha 135LC 2021 masih lagi menggunakan enjin 134cc SOHC sejukan cecair yang menghasilkan 12hp pada 8,500rpm dan 11.79Nm tork pada 5,500rpm. Transmisi pula ialah empat kelajuan.
Ciri lain yang dikekalkan termasuklah tangki bahan api empat liter, brek cakera depan dan dram di belakang, rim 17-inci dengan tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang), lampu halogen, fork teleskopik depan dan monoshock di belakang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live