HIBURAN
Kekal Setia Pada Identiti Muzik, Alyph Berkarya Tidak Ikut Trend - "Saya Tidak Pernah Ada Mentaliti..."
Penyanyi, Alyph menegaskan bahawa dia tidak mencipta lagu semata-mata untuk menjadi viral, sebaliknya berkarya dengan penuh keikhlasan.
Menurutnya, sejak awal pembabitan dalam industri muzik, dia sudah menetapkan prinsip bahawa penghasilan lagu bukan sekadar mengejar populariti tetapi harus menghormati karya seni itu sendiri.
"Itu adalah mentaliti saya daripada mula (kerjaya). Secara jujurnya lagu Swipe saya tidak buat untuk lagu fenomena. Saya tidak pernah ada mentaliti dan pemikiran itu di dalam studio (ketika mencipta lagu).
"Saya rasa ia sangat tidak menghormati seni/kerjaya saya berdasarkan apa yang saya cuba lakukan,” katanya kepada Gempak.
Alyph berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama HotFM di Banyan Cafe & Bistro, Khamis lalu.
Tambah penyanyi berusia 36 tahun itu, fenomena sesebuah lagu adalah sesuatu yang di luar kawalannya kerana ia bergantung sepenuhnya kepada penerimaan pendengar.
"Setiap orang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza. Jika lagu menjadi viral, itu bergantung kepada pendengar, bukan kerja saya.
"Sudah semestinya pemasaran dari pihak agensi akan menyokong jika lagu tersebut mendapat sambutan, tetapi saya tetap fokus pada mesej dan perasaan yang ingin disampaikan dalam karya saya," jelasnya.
Dalam masa yang sama, Alyph turut menyuarakan pendapatnya mengenai trend artis yang menukar genre muzik hanya kerana mahu mengikut pasaran semasa.
BERITA BERKAITAN: “Buat Lagu Demi Viral? Itu Menipu Pendengar” - Alyph Akui Tiada Formula Khas Untuk Lagu Viral
BERITA BERKAITAN: “Kak Gee Berkelas Tinggi” - Alyph Yakin Ziana Zain Mampu Hadapi Isu SPRM Dengan Tenang
Menurutnya, sebagai penyanyi, kejujuran dalam menyampaikan lagu adalah lebih penting berbanding sekadar mengikut trend.
"Ada fasa di mana muzik balada tengah hit, jadi semua orang buat balada sebab nak kejar trend.
"Saya tengok ada kawan-kawan artis yang asalnya buat rock atau pop, tapi tiba-tiba bertukar ke balada sebab nak pastikan lagu mereka hit.
"Saya tak suka konsep macam itu. Tak semestinya kalau kita tukar genre, orang akan suka.
"Sebagai penyanyi, tanggungjawab kita adalah menyampaikan lagu dengan jujur dan bukan sekadar ikut trend semata-mata," tegasnya.
Sebelum ini, lagu Swipe dikatakan mencipta fenomena selepas orang ramai kerap menggunakannya di media sosial hingga menjadi trending.
Pada Januari lalu, Alyph dilaporkan telah melancarkan album baharu The Storm yang memuatkan 12 buah lagu yang kesemuanya dicipta sendiri.
BERITA BERKAITAN: Hasrat Untuk Duet Bersama Ziana Zain Tercapai, Alyph Rasa Bertuah - “Ketika Tulis Lirik Saya Hanya Boleh Bayangkan…”
BERITA BERKAITAN: Alyph Anggap Tidak Salah Guna Lirik Berbaur Lucah - “Jika Ubah, Risau Mesej Tak Akan Sampai…”
Must-Watch Video