Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memberi satu pilihan yang lebih menarik buat motosikal mopednya menerusi Yamaha 135LC Edisi Istimewa (Special Edition).

Dijangka motosikal itu akan berada di kedai pengedar HLYM berhampiran bermula September ini.



Jentera edisi istimewa itu didatangkan dengan corak rekaan yang lebih menarik iaitu ‘Knight Blu’, sekali gus meningkatkan penampilannya.

Setiap pembelian motosikal itu, pemiliknya akan diberikan kunci cakera Yamaha. Motosikal itu dijual pada harga RM7,118 tanpa insurans.



Spesifikasinya pula, 135LC masih lagi dikuasakan oleh enjin silinder tunggal SOHC sejukan cecair 134cc yang menggunakan sistem bahan api karburetor. Ia juga masih menggunakan transmisi empat kelajuan yang menyalurkan 12hp pada 8,500rpm dan 11.79Nm tork pada 5,500rpm.

Ciri-ciri lain seperti didatangkan tangki petrol empat liter dengan menggunakan rim 17 inci yang dibaluti tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 di belakang. Pengendaliannya pula dilengkapi fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang.