Tempatan

Yamaha Avantiz perkenalkan empat warna baharu

gempak
Erywan
08/10/2019
06:52 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Avantiz perkenalkan empat warna baharu
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd melancarkan Yamaha Avantiz dengan pengenalan empat warna baharu untuk pasaran tempatan.
Ini adalah kali kedua skuter berkenaan diperkenalkan dengan warna baharu selepas diperkenalkan pada 2016. Empat warna baharu itu membabitkan empat warna baharu itu membabitkan merah, biru, kelabu dan cyan.
Biarpun warna baharu yang membuatkan ia tampak segar, harganya masih lagi sama iaitu dijual pada RM 5,536 tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran serta insurans.
Berhubung spesifikasi enjinnya, ia masih lagi sama dengan versi terdahulu yang menggunakan rangkaian kuasa BlueCore satu silinder 125 cc penyejuk udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).
Ia mampu menyalurkan kuasa 9.4hp pada 8,000 rpm dan tork setinggi 9.6Nm pada 5,500 rpm dengan menggunakan transmisi automatik tali sawat V.
Tangki bahan apinya juga masih lagi sama dengan berkapasiti 4.2 liter.
Yamaha Avantiz warna baharu itu akan berada di kedai berhampiran anda bermula Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live