Modifikasi

Yamaha RX100 - Cantik Motosikal Retro Jadi Cafe Racer

gempak
Erywan
12/10/2020
02:23 MYT
Sponsor Banner
Yamaha RX100 - Cantik Motosikal Retro Jadi Cafe Racer
Yamaha RX100 adalah motosikal yang sudah terjual jutaan unit di seluruh dunia.
Model itu dikeluarkan oleh Yamaha bermula dari 1985 hingga 1996. Jentera berkenaan menggunakan enjin 98cc yang menghasilkan kuasa 11hp dan tork 10.29Nm, kelajuan maksimumnya boleh dicapai adalah 100kmj.
Seiring dengan peredaran zaman model yang sudah 24 tahun meninggalkan pasaran itu kini dikemas kini menjadi motosikal cafe racer.
Hasil sentuhan pakar kustom dari India, Jedi Custom ini menanggalkan beberapa komponen agar mirip imej cafe racer. Jedi Customs menggunakan alternatif terbaik untuk komponen berusia satu dekad pada RX100 terbabit.
Dari tangki minyak komuter, RX100 dilengkapi dengan tangki bahan gaya Cafe Racer berwarna jingga bersama pelana tambahan dan tayar baharu yang lebih mencengkam.
Pakar kustom itu juga melengkapkan bahagian kaki dengan brek cakera di depan agar menawarkan keyakinan dalam menghentikan atau memperlahankan motosikal.
Kemudian suspensi belakang kini diisi gas sementara semua komponen yang tidak penting telah dikeluarkan dari badan. Fender depan dan belakang dipotong agar dapat menjimatkan angka berat dan sempurna untuk penggayana cafe racer.
Selepas itu badan RX100 disembur dengan cat warna hitam bersama sistem eksoz hitam kustom. Yamaha RX100 adalah model yang ringan dan penjimatan berat badan memberikan pengalaman pecutan lebih baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live