Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan warna baharu bagi model popularnya menerusi Yamaha Y15ZR bagi versi 2020.


Ia diperkenalkan dengan 4 warna yang lebih segar membabitkan Matt Titan, Cyan, Red dan Blue. Motosikal yang lebih dikenali sebagai Ysuku 2020 itu akan berada di pasaran bermula November ini.


Sebagai tambahan, setiap pembelian jentera itu akan menerima kunci cakera yang bernilai RM100.


Rangkaian kuasanya masih lagi sama iaitu menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150cc dengan menyalurkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.


Harganya pula masih tidak berubah, ia dijual bermula RM8,168 tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans