gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU, Hanya 5,000 Unit Harga Bermula RM11,688

Erywan
Erywan
21/10/2021
02:40 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU, Hanya 5,000 Unit Harga Bermula RM11,688
Hong Leong Yamaha Motor melancarkan Yamaha Y16ZR edisi terhad menerusi varian DOXOU buat pasaran Malaysia dengan hanya 5,000 unit sahaja.
DOXOU yang diambil daripada perkataan Jepun iaitu DOKUSOU bermaksud ‘kreatif dan mendahului daripada yang lain”.
Perbezaannya boleh dilihat corak grafik dengan padanan warna merah dan biru yang tampak unik. Selain itu, rim sukannya juga mempunyai warna berbeza di mana warna biru di hadapan, belakang pula adalah merah.
Bagi membuatkan ia lebih unik dan eksklusif, setiap pembelian akan menerima sijil pemilikan. Pada masa sama, jentera itu dipadankan visor sport di bahagian kepala dengan mempunyai logo DOXOU.
Dari segi enjin ia menggunakan rangkaian kuasa seperti R15 dan MT-15 iaitu silinder tunggal berseseran 155cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA).
Enjin itu menyalurkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm dan disalurkan ke kotak gear enam kelajuan yang turut dipadankan (klac slip & assist). Ia naik 3hp berbanding Y15ZR generasi pertama dan kedua.
Yamaha Y16ZR DOXOU mula berada di pengedar Yamaha seluruh Malaysia bermula hari ini. Harganya bermula RM11,688 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.
Topic Berkaitan
#Yamaha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement