Memang tidak boleh disangkal lagi, Proton yang mempunyai bahagian sukan permotoran sendiri iaitu R3 sudah pun menjuarai banyak acara tempatan dan antarabangsa.
Dengan kepakaran yang mereka ada, kini Proton melahirkan dua model R3 Limited Edition menerusi Iriz dan Saga. Kedua-dua model itu, menerima perubahan dari segi luaran dan dalaman, manakala bahagian enjin masih sama seperti model sebelum ini.
Apa yang menariknya dengan dua model itu, ia didatangkan dengan warna hitam dengan kemasan kuning R3 yang kelihatan seolah-olah seperti jentera lumba.
Bagi Saga, ia kelihatan sama dengan model edisi ulang tahun yang diperkenalkan tahun lalu, tetapi ia kini ditambah dengan pelekat badan, pelekat cermin hadapan dan belakang R3.
Selain itu, ada penambahan lain seperti lambang R3 pada penutup but dan pelekat tingkap untuk mengiktirafkan kejayaan Proton dalam sukan permotoran.
Bahagian dalaman pula, ia diceriakan dengan warna kuning pada panel tengah, meter, penyaman udara dan karpet lantai. Malah, tempat duduk dan stereng dibaluti material kulit, selain papan pemuka dilengkapi dengan logo R3.
Iriz R3 Limited Edition pula, ia adalah satu-satu modelnya yang ditawarkan dengan warna hitam. Kereta kompak daripada Proton itu juga diperkemaskan dengan warna kuning pada gril dan kit badan R3.
Seperti Saga, Iriz itu juga dilengkapi dengan pelakat R3 pada pintu, cermin hadapan dan belakang. Pada spoiler belakang turut ditambah pelekat R3 pada bahagian hujungnya.
Ia juga menerima rim baharu R3 bersaiz 16 inci yang dicat warna kelabu. Malah, ia turut dilengkapi dengan logo R3 dibelakang dan pelekat kejuaraan R3 yang releven dengan kejuaraan dua kali perlumbaan Sepang 1,000km.
Ruang dalaman, ia menerima kemasan kuning pada meter, stereng, butang penyaman udara dan corong penyaman udara, selain didatangkan pelapik kaki R3. Sama seperti Saga, tempat duduk dan stereng juga dibaluti material kulit serta dilekat logo R3 pada papan pemuka.
Harganya pula, Proton Saga dan Iriz edisi R3 Limited Edition dijual pada harga masing-masing RM42,300 serta RM52,900 atas jalan tidak termasuk insurans. Harga itu sah sehingga 30 Jun dengan pengecualian cukai jualan. Selepas 30 Jun ini, ia dijual pada RM42,800 untuk Saga, manakala Iriz berharga RM53,700.
Erywan
Thu Feb 18 2021


#OhDaebak: "Yang Ini Pun Hish!" - Bae Ro Na Pula Yang Buat Ramai Geram, Tapi Kenapa?
Memang mengundang watak Bae Ro Na ni.

Oh No! eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini? Netizen Sedih, Dah Mula Kongsi Kenangan
Sedihnya, banyak kenangan dengan eCurve ni.

PKP Hampir Setahun PM Zahir Kerinduan Nak Jumpa Rakyat, Seru Ambil Vaksin COVID 19
kes COVID 19 di negara masih tinggi

“Dia Belum Kenal Erti Saman, Tunggu!”- Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube
Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube

COVID-19: 2,437 Kes Dan 9 Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Dilaporkan
Sembilan kluster tempat kerja dilaporkan.

#FoodiesLife: Dunia Kulinari Jadi Pilihan, Sherson, Anis Nabilah & Nik Michael Antara Cef Selebriti Popular
Siapa pilihan korang?

Adakan Konsert Maya, Wah Haqiem Rusli Bakal Nyanyi Lagu Tok Ti Lah! Ini Judulnya
Tak sabarnya nak dengar Haqiem menyanyi lagu Tok Ti.

“Vaksin Sinovac Selamat, Berkesan Dan Halal” - Duta China
Ini penjelasan vaksin Sinovac.

“Doakan Yang Baik-Baik” - Alhamdulillah, Aishah Azman Kini Berhijab, Padam Foto Nampak Aurat
Selepas penyanyi Intan Sarafina dan pelakon Hannah Delisha, kini Aishah Azman pula tampil berhijab.

Tak Pantang Makan Atau Minum Ais, Ini Rahsia Pemilik Suara Karakter Didi Maintain Suara Cute!
Dari umur 8 tahun sampai sekarang dah 14 tahun, macam mana adik Nurin jaga suara ya?