,
Dua the Series

Scha Alyahya & Sharifah Sakinah Memang Bergaduh, Tapi Hanya Dalam....

Kamaruddin Razal
19/11/2018
01:30 MYT
Sebelum ini, Gempak pernah berkongsi mengenai sebuah video yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang didakwa bergaduh.
Video itu turut menampakkan kelibat aktor Ben Amir dan aktres Sweet Qismina yang cuba menenangkan Scha dan Sakinah.
BACA: "Tak Ada Duit Nak Datang Fashion Show Orang Buat Macam Ni!" - Scha Alyahya Bergaduh Dengan Sharifah Sakinah?
Sebenarnya, mereka tak bergaduh pun! Video 'pergaduhan' tersebut merupakan sedutan web series terbaru Gempak yang berjudul DUA.
Menerusi web series terbabit, watak yang dijayakan oleh Scha berseteru dengan watak yang dijayakan oleh Sakinah.
DUA menceritakan tentang seorang gadis bernama Luna (Sweet Qismina) yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukannya.
Dia mempunyai impian untuk melancarkan jenama pakaiannya tersendiri iaitu DUA dengan sokongan daripada kakaknya iaitu Amelia (Sharifah Sakinah) dan pereka web yang baru diambil bekerja iaitu Daniel (Ben Amir).
Apa yang Luna tidak tahu tentang Daniel ialah dia merupakan adik kepada Daniella (Scha Alyahya), musuh ketat mereka yang selama ini cuba untuk menjatuhkan DUA Fashion House.
Apakah yang akan terjadi kepada Luna dan Amelia? Adakah Daniella akan menggunakan Daniel untuk menjatuhkan mereka? Sama sama kita saksikan!
Diaromakan oleh OLDTOWN White Coffee, anything is pauseable with OLDTOWN White Coffee!
Jangan lupa saksikan drama bersiri DUA secara eksklusif bermula 14 November.
Tonton episod pertama DUA dan episod-episod baru pada setiap Rabu di laman web www.duatheseries.com.my!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

‘Craving’ Nak Berbuka Puasa Dengan Masakan A la Kampung Tak Usah Resah…Sebab Boleh Ubati Hati Dengan Dulang-Oh-Dulang di OLDTOWN!

gempak
23/04/2021
05:50 MYT
Tengok tu...temptingnya!
Hiburan

#GempakOriginalSeries - DUA The Series Menang Emas Dalam Kategori 'Best Use of Branded Content' di Malaysian Media Awards 2019!

gempak
23/08/2019
16:51 MYT
Dua the Series

Tahniah OLDTOWN White Coffee! Kempen Anything Is Pauseable – Dua The Series Menang Anugerah Perak di Malaysian Digital Awards 2019!

gempak
11/04/2019
07:09 MYT
Advertorial

Berdepan Cabaran Dalam Kehidupan Seharian? 3 Senario Yang Boleh Anda 'Pause' & Bertenang!

gempak
19/12/2018
10:26 MYT
Dua the Series

Alami Kesukaran Atau Kesibukan Dalam Kehidupan Seharian? Ha, Semua Perkara Boleh Pause & Ditenangkan Sebentar Dengan OLDTOWN White Coffee!

gempak
29/11/2018
08:51 MYT