Famili
Ciri-ciri Restoran Yang Sesuai Untuk Anak Kecil Seperti Ariana
Buat pertama kalinya bayi sulung Shikin Maembong, iaitu Ariana telah ditampilkan dalam program realiti digital, The House.
Kehadiran bayi perempuan Shikin atau nama sebenarnya Siti Nurashikin Ismail itu membuatkan ibu saudaranya, Yaya, Chacha dan Emma gembira dan teruja kerana sudah lama tidak bertemu dengan si comel itu.
Kesempatan berjumpa Ariana digunakan sebaik-baiknya oleh mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk memandikan, memberi susu dan menidurkan bayi tersebut.
Yaya, Emma dan Chacha selalunya akan membawa Ariana keluar bersiar-siar termasuk berkunjung ke restoran untuk menghabiskan masa bersama.
Namun membawa bayi seperti Ariana untuk berkunjung ke restoran bukanlah satu perkara yang mudah kerana, kebanyakan pemilik restoran di negara ini jarang menyediakan kemudahan untuk bayi dan kanak-kanak.
Ciri-ciri penting yang perlu ada di restoran untuk kemudahan dan kegunaan anak kecil:
1. Baby High Chair
Baby High Chair adalah elemen paling penting yang perlu ada dalam sesebuah restoran kerana ia sangat menyenangkan ibu bapa kerana tidak perlu memangku bayi mereka ketika sedang menjamu selera.
2. Susun atur yang selesa dan luas
Susun atur sesebuah restoran yang selesa dan luas amat penting terutama kepada kanak-kanak yang aktif. Pastikan jarak susun atur meja dan kerusi di restoran itu jauh supaya senang untuk anak-anak bergerak. Ia juga mampu mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Lebih bagus lagi jika restoran itu ada menyediakan tempat makan yang bersofa supaya anak-anak (setahun ke atas) bebas untuk duduk dalam apa jenis posisi sekalipun.
3. Pencahayaan yang terang
Pencahayaan yang terang dalam restoran atau café yang anda kunjungi penting untuk keselamatan dan memudahkan ibu bapa untuk melihat dengan jelas di mana dan apa yang sedang dilakukan anak mereka.
4. Menu khas kanak-kanak
Ada di antara restoran di Malaysia sudah mula menyediakan menu khas untuk kanak-kanak dan ia menjadikan ibu bapa tidak ragu-ragu atau risau untuk memesan hidangan kepada anak mereka!
5. Playground (Bonus)
Restoran yang mempunyai tempat bermain untuk anak-anak adalah bonus kepada ibu bapa. Ruang bermain kanak-kanak tidak perlu terlalu besar asalkan ia selesa, bersih dan selamat.
Teks Oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video