Gegar Vaganza 11

Aksi Lincah & Agresif Di Atas Pentas Dikritik Meski Bertudung, Zehra Zambri Hanya Jadi Diri Sendiri - “Bukan Buat-Buat Tetapi…”

gempak
Khairil Khusyairi
10/02/2025
05:50 MYT
Sponsor Banner
Aksi Lincah & Agresif Di Atas Pentas Dikritik Meski Bertudung, Zehra Zambri Hanya Jadi Diri Sendiri - “Bukan Buat-Buat Tetapi…”
Finalis Gegar Vaganza musim ke-11, Zehra Zambri mengakui perjalanan selama berada di pentas GV11 adalah yang terbaik sepanjang kariernya sebagai penyanyi sehingga dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima.

Tak Sangka Enam Terbaik

Menurut Zehra, biarpun mengakui bermula perlahan dalam memberi saingan kepada peserta lain, dia tetap menyifatkan pentas Gergar Vaganza adalah peluang terbaik kepada sertiap peserta untuk kembali menyinar dalam industri seni tanah air.
“Saya tak jangka berada dalam enam terbaik. Perjalanan saya di GV ini sangat perlahan pada permulaan.

“Jadi untuk konsert akhir saya memang nak buat macam konsert dan have fun. Tujuan saya adalah untuk menghiburkan tetapi tetap berdisiplin.

“Vokal sangat penting dan tuntutan lagu itu memerlukan kita untuk hyper atas pentas. Saya redah saja sebab saya tak tahu akan datang ada lagi kah platform sebegini,” katanya kepada Gempak usai konsert akhir yang berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Jadi Diri Sendiri

Dalam pada itu, Zehra menyatakan dia hanya menjadi diri sendiri dalam setiap persembahannya sehingga sering dikritik mengenai penampilannya yang dikatakan lincah dan tidak sesuai untuk wanita berhijab.
“Saya tahu selepas ini pasti ada netizen yang bercakap. Dengar ada yang bercakap ‘oh berhijab tapi pembawakan agak agresif’.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan kalau anda kaji dan nilai semula inilah penampilan saya yang dahulu. Saya memang aktif atas pentas. Itulah diri saya.

“Lagu-lagu yang diberi itu saya dalami karakter. Bila di atas pentas kita memang menjadi individu lain, bukan buat-buat tetapi jiwa itu memang ada dalam diri. Saya memang tak boleh, saya sangat suka menari dari kecil lagi dengan tarian tradisional. Tetapi sebagai artis saya perlu lebih versatil. Itu yang saya tampilkan dalam pentas GV ini,” jelasnya.
Pada konsert akhir, Zehra menyampaikan lagu Berpaut Di Dahan Cinta untuk tugasan solo, Beribu Sesalan bagi tugasan duet bersama Jaclyn Victor dan Angkat untuk tugasan Rap Battle.
Zehra membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Goyah & Suami 'Archive' Foto Di Media Sosial, Zehra Zambri Tampil Perjelas - "la Timbul Sejak Saya..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024