Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Dah Jadi Juara, Liza Aziz Nak Rehat Tengok TV
Selepas dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 11 (GV11), perkara pertama yang ingin dilakukan oleh Liza Aziz adalah berehat dan meluangkan masa untuk dirinya sendiri.
Nak Tonton TV
Menurut Liza, dia mahu menikmati waktu santai sambil menonton televisyen selepas hampir 12 minggu tidak berkesempatan menontonnya.
"Saya nak berehat dan tonton TV, sebab sepanjang 12 minggu saya tak dapat tonton langsung. Paling penting, saya nak luangkan masa untuk diri sendiri.
"Jika ada peluang, saya mungkin akan pergi bercuti, lebih-lebih lagi bulan depan dah masuk Ramadan. Saya akan pulang ke Brunei untuk berpuasa, dan selepas raya saya sudah ada jadual persembahan yang padat. Jika ada kesempatan, saya akan bercuti," katanya kepada Gempak.
Rancang Keluarkan Single & Konsert Bersama Kakak
Selain berehat, Liza juga merancang untuk mengeluarkan single baharu dan mengadakan konsert bersama kakaknya, Azlina Aziz.
"InsyaAllah, kalau ada rezeki saya akan keluarkan single dan cuba ikut trend muzik semasa. Saya juga ada perancangan untuk mengadakan konsert bersama kakak saya, cuma masa belum mengizinkan.
"Tapi jika ada pihak penaja yang berminat, mengapa tidak? Saya mahu lakukan konsert bersama kakak saya. Lagu single juga dalam perancangan, dan saya lebih suka jika dapat menghasilkan lagu duet dengannya," jelas Liza.
Konsert akhir GV11 yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Liza Aziz telah dinobatkan sebagai juara.
Manakala Ning Baizura diangkat sebagai Naib Juara dan tempat ketiga pula disandang oleh Sheila Abdull, manakala Dadali Dyrga (keempat), Zehra Zamri (kelima) dan The Lima (keenam).
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video