Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Ning Baizura Hargai Sokongan Peminat, Enggan Dibandingkan - “Kita Jangan Ikut Perasaan, Apa Yang Penting…”

gempak
Asyraf Roslan
10/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Ning Baizura Hargai Sokongan Peminat, Enggan Dibandingkan - “Kita Jangan Ikut Perasaan, Apa Yang Penting…”
Bintang Gegar Vaganza 11(GV11), Ning Baizura meluahkan rasa syukur mempunyai peminat yang tidak henti-henti menyokongnya sepanjang 12 minggu bersaing di pentas GV.
Meskipun hanya berpuas hati di tempat kedua, Ning tidak mahu peminat atau warganet cuba membandingkan atau menyatakan siapa yang lebih layak bergelar juara kerana kesemua peserta sudah pun memberikan yang terbaik.
“Mungkin ada yang kata begini, begitu tapi jika saya menang mesti akan ada orang rasa yang sama untuk Liza Aziz.
“Tapi saya sangat menghargai peminat dekat luar sana yang tidak henti-henti bercakap kepada saya yang mana saya sudah pun menjadi juara di hati mereka. Bagi saya mendengar apa yang mereka sampaikan itu sudah buat saya bersyukur.
“Liza Aziz memberi, saya juga memberi dan sudah tentu semua peserta memberikan yang terbaik malam ini sehingga juri sukar untuk membuat keputusan. Tapi juri dia melihat dari pelabgai sudut dan ini apa yang juri mahukan jadi saya terima kerana ini juga rezeki. Alhamdulillah,” kata Ning.
Pada masa sama, Ning juga menasihatkan semua pihak tidak terlalu mengikut perasaan.
Apa yang penting adalah dia sudah berjaya memenangi hati peminat lama dan juga yang baharu mengenalinya sejak menyertai program hiburan pilihan rakyat Malaysia itu.
“Kita jangan ikut perasaan, tapi buat peminat yang nak tengok saya menang saya ucapkan terima kasih cuma saya nak cakap sekarang adalah anda telah menang di hati saya dan saya telah menang di hati anda,” ujarnya.
Ning berada di kedudukan kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 71.04 peratus selepas menyampaikan tiga tugasan dengan lagu A Moment Like This, Terlanjur Cinta bersama Pasha Ungu dan Angkat dalam segmen Battle Vaganza. Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024