Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11 RECAP: Zehra Zambri Betul-Betul ‘Tekan Minyak’, Fairuz Selamat Gagal Mara Ke Separuh Akhir! Semak Komen & Markah Penuh Minggu Kesepuluh

gempak
Asyraf Roslan
27/01/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11 RECAP: Zehra Zambri Betul-Betul ‘Tekan Minyak’, Fairuz Selamat Gagal Mara Ke Separuh Akhir! Semak Komen & Markah Penuh Minggu Kesepuluh
Selepas dua kali berada di tangga tiga terbawah akhirnya bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Fairuz Selamat harus mengucapkan selamat tinggal.
Menyanyikan lagu Hang Pi Mana & Yang Penting Hepi, Fairuz hanya memperoleh markah sebanyak 64.40 peratus daripada juri tetap.
Sementara itu, persembahan bertenaga daripada Zehra Zambri meletakkannya di tangga pertama dengan markah sebanyak 80.00 peratus menerusi persembahan Selamat Jalan Romeo dan Peronda Jaket Biru.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesepuluh:
The Lima - Naluri Lelaki & Seperti Mati Lampu
“Pada saya lagu rock itu tidak betul-betul rock, ia pop cuma keras. Untuk lagu kedua saya rasa air lagu kurang tapi masih okay,” - Datuk Ramli M.S
Dadali Dyrga - Relaku Pujuk & Gali Lobang Tutup Lobang
“Kalau kita dapat lagu yang sangat rapat kita kena hati-hati, tapi malam ini sukses,” Hetty Koes Endang.
Ronnie Hussien - Wulan & Cinta Dewa Dewi
“Dari segi intonasi minggu much better dari minggu lepas, awak punya interaksi juga sangat baik. Tadi saya nampak lagu kedua awak enjoy. Nampak awak selesa dan tidak fikir terlalu banyak.
Zehra Zambri - Selamat Jalan Romeo & Peronda Jaket Biru
“Tiga sahaja yang salah daripada 97, lagu tu cepat tapi kamu nyanyi sangat bagus. Kamu nyanyi lagu pertama kemas.
“Minggu ini kamu improve lebih dari minggu lepas. Ini adalah konsep yang bagus kamu bawak rempah yang kamu guna betul,” - Datuk Ramli M.S
“Ini peningkatan kamu yang sangat tinggi, kamu nampak selesa nyanyi lagu rock. Saya rasa awak banyak overthink. Saya nak awak kedepan,” - Datuk Syafinaz Selamat.
Fairuz Selamat - Hang Pi Mana & Yang Penting Hepi
“Secara keseluruhan saya faham apa yang awak nak cuba buat. Tapi isunya awak kena jaga tempo dan awak kena hati-hati bila nak tukar modul. Awak kena nyanyi dengan note yang betul.
“Saya tahu awak cuba mengetengahkan sesuatu yang berbeza, saya rasa kalau awak ada lebih waktu mungkin awak akan dapat lakukan yang lebih baik,” Datuk Syafinaz Selamat.
Ning Baizura - Senggol Senggolan Cubit Cubitan & Tiada Lagi
“Kerja keras, lagu itu memang perlu nyanyi dengan perasaan, kamu dapat. Tapi kalau saya boleh sarankan perlu beri dan lepas. Dan yang paling penting tiada flat.
“Tapi kamu sudah berusaha untuk kedua buah lagu dengan baik. Lanjut ke final,” - Hetty Koes Endang.
Liza Aziz - Usang & Ikan Dalam Kolam
“Liza, awak bagi lagu apa pun awak boleh buat, tapi kalau low note jangan jatuhkan jaw awak, kalau awak repair benda ni awak akan ada di atas. Tapi tiada masalah untuk dua-dua lagu,” - Datuk Ramli M.S
Sheila Abdull - Babak Pertama & Ah! Rindu Lagi
“Lagu pertama dan kedua showmanship kamu sangat bagus, hati-hati untuk lagu pertama sebab banyak flat, control tone, nada rendah kena hati-hati jangan terlalu fokus dengan nada tinggi. Lagu kedua kamu nampak mengah mungkin sebab banyak pergerakan. Terus berusaha,” Hetty Koes Endang.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Untuk minggu kelapan, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema 'RockDut' dimana setiap peserta harus menyanyikan lagu rock dan dangdut secara medley.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024