Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Tiada Rezeki, Fairuz Selamat Ralat Gagal Penuhi Harapan Peminat Selepas Tersingkir - “Selama 24 Tahun Saya Tak Pernah…”

gempak
Asyraf Roslan
27/01/2025
01:25 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Tiada Rezeki, Fairuz Selamat Ralat Gagal Penuhi Harapan Peminat Selepas Tersingkir - “Selama 24 Tahun Saya Tak Pernah…”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Fairuz Selamat reda dengan keputusan bahawa dia harus meninggalkan pentas GV selepas sepuluh minggu berentap.
Jelas Fairuz, penyingkirannya di GV itu telah membuktikan bahawa dia bukanlah anak emas Astro seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini kerana sentiasa terselamat apabila berada dikedudukan terbawah.
“Saya menamatkan kemarau soalan itu, dimana saya bukan anak emas Astro.
“Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program tv ia bermain dengan banyak perkara. Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad rezeki saya sampai disitu sahaja.
“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di bottom 2 ramai yang mengharapkan saya keluar, nah amik sekarang saya sudah pun tersingkir,” ujarnya.
Meskipun telah menerima keputusan itu dengan hati terbuka, Fairuz juga mengakui merasa ralat kerana gagal memenuhi ekspetasi peminatnya yang tak henti-henti menyokongnya.
Kata Fairuz, rasa sedih itu datang kerana sepanjang 24 tahun dia bergelar anak seni dia belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. “Gegar Vaganza ini adalah pertandingan akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas kalau bukan saya mesti orang lain dan kalau bukan orang lain mungkin saya yang tersingkir.
“Jadi saya tak sedih sangat saya keluar cuma apa yang buat saya sedih apabila saya tak pernah dapat sokongan yang diberikan semasa GV sepanjang 24 tahun. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakan saya makanan, itu yang buat saya ralat.
“Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final, macam saya masuk bertanding kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final lepas ni mereka nak buat apa,” kata Fairuz kepada Gempak.
Fairuz berada di kedudukan tiga terbawah bersama Sheila Abdull dan Ronnie Hussien.
Menyanyikan lagu Hang Pi Mana & Yang Penting Hepi, Fairuz hanya memperoleh markah sebanyak 64.40 peratus daripada juri tetap.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024