Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Illa Sabry Hampir Tersingkir, Liza Aziz Juara Minggu Pertama

gempak
Asyraf Roslan
24/11/2024
16:20 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Illa Sabry Hampir Tersingkir, Liza Aziz Juara Minggu Pertama
Konsert pertama Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menyaksikan penyanyi Liza Aziz mendapat markah paling tinggi dan sekaligus meletakkannya di tempat pertama.
Manakala penyanyi Dadali Dygra dan Fairuz Selamat pula menduduki tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu Reshmonu, Illa Sabry dan Aurora Salwa kurang bernasib baik apabila mereka berada di tangga tiga terbawah.
Namun, mereka boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Untuk minggu kedua, peserta dicabar dengan tema Sama-Sama Naik dimana peserta harus menyanyikan lagu rakan-rakan industri pada zaman mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024