Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV11: Kembalikan Format Asal, Produksi Dengar Rayuan Peminat - “Mereka Mahu Lihat Penyanyi Lama, One Hit Wonder Beraksi"

Asyraf Roslan
06/11/2024 14:25 MYT
Pihak produksi program realiti, Gegar Vaganza (GV) mengembalikan format asal program berkenaan selepas hampir dua musim cuba memberikan suntikan yang baharu.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, pihak produksi bersetuju mengembalikan format asal itu selepas mendapat maklum balas daripada peminat setia GV.

“Kalau kita lihat Gegar Vaganza 9 & 10 konsepnya agak berbeza untuk GV 9 kita campur ada yang masih aktif dan juga tidak. Dan untuk musim kesepuluh kita memang sudah ada rancangan untuk mengadakan All Stars bagi meraikan sedekad penganjuran program itu.

“Selepas kita mendapat maklum balas daripada peminat yang mahukan format asal GV dikembalikan, kami mendengar permintaan mereka untuk melihat penyanyi-penyanyi lama yang mempunyai one hit wonder beraksi di pentas GV.


“Kerana itu adalah resepi GV dari mula lagi, jadi kami bawakan kembali format asal GV untuk edisi kali ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Ronnie Hussein, Illa Sabry,Ning Baizura Bakal Sertai GV11? Peminat Mula Cadang Pilihan Masing-Masing - “Nak Tengok Mas Idayu Masuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”


Pada masa sama, Raqim juga menyatakan bahawa ada beberapa nama peserta dari program realiti nyanyian terdahulu sudah disenarai pendek namun kerana mahu mengembalikan format asal mereka terpaksa menyimpan dahulu nama-nama tersebut.

Program Gegar Vaganza yang sudah masuk edisi kesebelas ini bakal menyaksikan persaingan sengit daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Shiela Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Illa Sabry dan pelantun lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura.

Turut memberi saingan, pentas GV juga akan menyaksikan penampilan penyanyi lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

#Gegar Vaganza #Peminat GV #Raqim Ahmad #GV11
;