gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
HIBURAN
Nazim Othman Jadikan Ammar Ayan Sumber Inspirasi - “Lagu Kebangsaan Dia Adalah Lagu Tema Saya”
BERITA
Budak Disumbat Dalam Bagasi Ketika Naik Bas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”

Maliah Surip
Maliah Surip
05/08/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
Pemenang kedua Indonesian Idol ke-16, Fajar Noor tanpa berselindung mengaku pernah menjalin cinta lokasi bersama juara program realiti terkenal itu, Shabrina Leanor.
Fajar, 21, bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai hubungan yang terjalin dengan wanita berusia 25 sehingga ia terlerai.
“Ya, pernah…sempat, tapi itu sudah masa lalu,” jawab Fajar jujur sewaktu ditanya oleh Astro Gempak.
Penyanyi bersuara lunak itu juga mengatakan cinta lokasi yang terjalin di antara dirinya bersama Shabrina terjadi kerana menghabiskan masa yang lama dalam program tersebut.
“Ya, mungkin cinlok (cinta lokasi) terjadi kerana kebersamaan yang lama dalam program,” katanya lagi menjawab soalan media.
Fajar ditemui media tempatan dalam rangka promosi dua single miliknya, Tahta Hatiku #Pendampingmu dan Menjaga Hati yang merupakan lagu remake daripada Yovie & Nuno di Universal Music Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.
Namun kata Fajar, terlepas sudah daripada episod cinta lokasi, dia mahu berdiri di atas bakat sendiri.
“Sekarang saya tidak ada masalah untuk berjalan sendiri. Selain dua single yang dipromosi saya juga ada menulis lagu sendiri.
“Fokus saya sekarang karier, fokus ke sini. Saya mahu terus produktif,” katanya lagi.
Sementara itu, bercakap tentang pembabitannya dalam Indonesian Idol, Fajar memberitahu tidak pernah meletak harapan untuk menjadi juara.
Namun anak kelahiran Medan ini hanya mahu memberi yang terbaik dan bakat yang dimilikinya berjaya memikat juri serta peminat muzik.
“Saya percaya rezeki tidak salah alamat, apapun risiko yang harus saya jalani waktu itu, saya jalan terus. Santai,” katanya yang mengaku mula sedar memiliki suara yang cukup enak didengar sewaktu zaman persekolahan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Cinta
#Indonesia
#Fajar Noor
#Shabrina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement