Gegar Vaganza 11

Perkukuh Hubungan Dengan Peminat, Astro Raikan #Vaganzers dengan Malam Gala

gempak
Asyraf Roslan
06/02/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Perkukuh Hubungan Dengan Peminat, Astro Raikan #Vaganzers dengan Malam Gala
Program hiburan, Gegar Vaganza (GV) bukan sekadar sebuah rancangan realiti malah ia juga telah berkembang menjadi sebuh komuniti yang erat dan berpengaruh dengan sokongan #Vaganzers.
Sebagai sebuah tanda penghargaan kepada peminat setia GV, Astro telah menganjurkan sebuah majlis makan Malam Gala & Sesi Beramah Mesra bersama #Vaganzers.
Sokongan padu mereka telah menjadikan GV sebagai sebuah fenomena dalam industri hiburan tanah air.
Mereka bukan sekadar penyokong di media sosial, tetapi juga penggerak utama yang menjadikan program ini lebih berwarna dan relevan.
Sebagai peminat setia, #Vaganzers sentiasa menghidupkan perbualan di media sosial dengan komen, spekulasi, serta perbincangan sebelum, semasa, dan selepas setiap episod Gegar Vaganza ditayangkan.
Mereka juga menyertai pelbagai peraduan yang dianjurkan Astro, membuktikan semangat luar biasa mereka terhadap program ini.
Menurut salah seorang ahli kelab peminat Fairuz Selamat (Fainatics), Umar Nurfitri #Vaganzerz bukan sahaja menyatukan mereka malah program seperti makan malam yang dianjurkan oleh Astro ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dengan lebih rapat.
“Majlis ini sangat bagus sebab dia kumpulkan semua kelab peminat bintang GV11 dan yang terdahulu dan kita dapat kenal dengan mereka semua disamping dapat berkenalan dengan bintang GV itu sendiri,” katanya.
Sementara itu, ahli kelab peminat Sheila Abdull (Sheila Starz), Siti Ameera pula menyatakan menyertai Vaganzerz juga memberi mereka pengalaman untuk menonton konsert mingguan secara langsung.
“Sangat seronok, sebab dengan Vaganzers juga memberi peluang untuk kita merasai pengalaman menonton live. Jadi saya rasa sangat seronok sebab pengalaman itu sangat berbeza,” jelasnya.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan menghargai peminat setia, tetapi juga sebagai langkah untuk memastikan legasi Gegar Vaganza terus berpanjangan di persada industri hiburan.
Antara bintang yang hadir menghiburkan peminat antaranya adalah Ning Baizura, Fairuz Selamat, Arorra Salwa, Naqiu, Illa Sabry dan Amelina.
Acara eksklusif ini telah berlangsung pada Jumaat, 31 Januari, jam 7 malam di Seri Pacific Hotel KL.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024