Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 11

“Saya Tak Pernah Rasa Dimalukan Bila Dijuri Oleh Tok Ram” - Farahdhiya Percaya GV Platform Terbaik Untuk Cabar Diri

Mya Amri 22/12/2024 | 05:55 MYT
Penyanyi yang juga merupakan bintang Gegar Vaganza (GV2), Farahdhiya berpendapat program tersebut merupakan platform terbaik untuk mencabar diri.

Tak pernah rasa dimalukan bila juri komen

Menurut Farahdhiya, dia tidak pernah berasa dirinya dimalukan ketika menerima komen jujur daripada para juri GV2 mengenai persembahannya pada ketika itu.
“Semua orang mempunyai pendapat sendiri, tiada salah, tiada betul.

“Tetapi saya sendiri merasakan GV adalah satu platform yang bagus untuk mencabar diri, bukan untuk memalukan diri.

“Saya tidak pernah rasa dimalukan bila sedang dijuri oleh Tok Ram atau ibu Khaty (juri ketika itu),” katanya menerusi hantaran di platform Thread.

Juri beri input berguna

Tambah Farahdhiya lagi, pemilihan juri juga penting untuk memberikan input berguna kepada bintang-bintang yang bertanding.

“Sebab itu penting jemput juri-juri yang cerdik pandai, yang profesional, bukannya juri yang tidak layak menjadi juri.

“Juri yang cakap tetapi tidak ada ilmu, itu yang boleh jadi memalukan orang lain.
“Saya suka dijuri oleh Tok Ram, banyak input dan ilmu yang diberi,” ulasnya.
Selain Farahdhiya, Datuk Fazley juga turut menyuarakan pandangannya mengenai GV.
Kata Fazley dia menganggap program nyanyian itu sebagai ‘pembuka rezeki baru’ kepada artis-artis lain.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazley Yaakob Anggap GV ‘Pembuka Rezeki Baru’, Komen Pedas Juri Amat Diperlukan - “Itu Bukan Memalukan, Itu Ilmu Termahal”

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Datuk Ramli M.S Akui Kedekut Bagi Markah - "Jika Mereka Berikan..."

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

ARTIKEL BERKAITAN:GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Selamat Tinggal Inka Christie, Ronnie Hussien Pula Rampas Kedudukan Liza Aziz

Terdahulu, seorang penyanyi veteren mendakwa program Gegar Vaganza seperti memalukan dan menjatuhkan kredibiliti artis yang bertanding.
Malah dia juga mempertikaikan kredibiliti Datuk Ramli M.S sebagai ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik semasa konsert minggu keempat minggu lalu sebaliknya memberikan kepada Ronnie Hussein.
#Gegar Vaganza #Datuk Ramli MS #Faradhiya #Juri #Tok Ram #GV #GV11
;