,
Gegar Vaganza 2021

Ada Yang Konsisten, Underdog & Last Minute ‘Tunjuk Taring’? Siapa Bakal Juara GV8?

Hanafis Haris
23/01/2022
09:55 MYT

Selepas 10 minggu berhempas pulas melakukan pelbagai persembahan, menyanyikan bermacam-macam lagu dan genre, malam ini persoalan siapakah juara

Gegar Vaganza lapan (GV8) bakal terjawab.

Aweera, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor dan Azan Scan merupakan finalis yang bakal berentap kurang beberapa jam saja lagi.

Ada yang powerhouse, soulful, mat rock dan tidak kurang juga yang ‘all rounder’. Variety sungguh!

Namun, persoalannya siapakah yang bakal juara GV8?

Gempak imbas kembali prestasi finalis malam ini untuk anda nilaikan sendiri siapakah paling layak meraih takhta tersebut.

#1 Nikki Palikat

Masih teringat lagi kata-kata netizen yang mengatakan penyanyi ini akan ‘pukul habis’ peserta-peserta lain.

Tidak dinafikan, Nikki antara yang paling konsisten jika dibandingkan dengan lain.

Bermula dengan di kedudukan keempat pada minggu pertama, Nikki kemudian tidak menunggu lama untuk sentiasa berada di ‘top 3’.

Malah, Nikki meraih kejuaraan pertamanya pada minggu ketiga diikuti minggu kelima dan ketujuh. Tiga kemenangan sepanjang sembilan minggu! Amazing!

Berdasarkan penjurian setiap minggu juga, markah Nikki Palikat adalah yang paling tinggi ketika minggu ketiga iaitu 84.80%, diikuti Suki Low 83.% yang menjadi juara pada minggu keenam.

Jadi, adakah Nikki juara GV8 malam ini?

Tak sabar tunggu Nikki berduet dengan Idayu! Powerhouse kuasa dua!

#2 Aliff Aziz

Selain Nikki, Aliff Aziz juga antara yang konsisten!

Hampir setiap minggu Aliff akan berada di kedudukan tiga teratas.

Bermula dengan tempat pertama pada minggu pertama dan kedua, kedudukan Aliff tidak banyak berubah.

Jika tidak juara sekali pun, mungkin kedua atau ketiga. Hebat betul!

Cumanya, di minggu keempat saja, Aliff sedikit terbabas daripada ‘landasan selesanya’ iaitu di kedudukan keenam.

Namun, sejurus selepas itu,Aliff hanya bermain di ‘top 3’ saja.

Jadi, adakah dengan konsistensi Aliff ini cukup membuatkan dia juara malam ini? Atau mungkin Aliff menyimpan satu kejutan yang ‘extraordinary’ malam ini?

Sama-sama kita saksikan.

#3 Suki Low

Tidak dinafikan Suki Low juga antara yang konsisten, namun perjalanan Suki di GV8 ada juga turun naiknya.

Pada minggu pertama, Suki hanya meraih di tempat keenam sebelum meningkat ke kedudukan keempat pada minggu kedua, ketiga dan keempat.

Kejuaraan pertama Suki adalah ketika minggu keenam apabila berduet dengan Khai Bahar. Epik!

Selepas itu, juara sekali lagi milik Suki di minggu kelapan.

Kelebihan Suki adalah dia sangat versatile. Siapa boleh lupa ketika dia menyanyikan lagu Badarsila nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan baik? Tak sangka kan!

Selain itu, untuk lagu Marabahaya mungkin Suki saja yang mampu bawa dengan baik. Bukan saja kena rap, nota-nota pada bahagian korusnya juga tinggi mencanak!

#4 Aweera

Aweera bukanlah ‘lambat panas’, namun mungkin pemilihan lagu membuatkan vokal penyanyi rock ini seperti kurang ‘kick’. Ada yang tak cukup!

Aweera juga mengakui tiga minggu pertama, persembahannya agak mendatar.

Namun, taring bintang ini mula kelihatan pada minggu kelapan apabila dia akhirnya berada di kedudukan tiga teratas.

Paling membanggakan, Aweera akhirnya meraih kejuaraan pada minggu pertamanya, Ahad lalu.

Kekuatan Aweera sudah pastilah lagu bernada tinggi dan genre rock.

Jadi, adakah lagu Beggin' (The Four Seasons) pada malam ini akan membawa kejuaraan kepada Aweera?

#5 Adibah Noor

Penyanyi bersuara lantang ini telah disebut-sebut sebagai bakal juara GV8 sejak awal lagi.

Adibah Noor bermula dengan meraih kedudukan kedua dan ketiga pada awal-awal konsert sebelum menjadi juara pada minggu keempat.

Cemerlang membawakan lagu Jika (Melly Goeslow), Adibah disifatkan sangat intelektual oleh juri Datuk Ramli MS atau Tok Ram.

Namun, entah mana silapnya, Adibah seakan hilang ‘magis’ pada minggu berikutnya.

Malah, Adibah pernah berada di ‘bottom 3’ pada minggu ketujuh.

Apapun semua itu kita jadikan sejarah, paling penting peminat masih mengharapkan supaya penyanyi ini mampu membuat ‘comeback’.

Dengan strategi yang betul dan persembahan mengagumkan, tidak mustahil penyanyi ini mampu membuat kejutan! Nantikan!

#6 Azan Scan

Underdog! Mungkin itu yang gelaran yang tepat untuk Azan Scan.

Bukanlah merendah-rendahkan penyanyi ini, sebaliknya penggunaan terma ‘Underdog’ itu mungkin boleh dilihat dari sudut positif.

Ye lah, dulu orang tak beberapa pandang, now Azan Scan di final okay! Power!

Saban minggu Azan menyaksikan peningkatan yang ketara.

Mempunyai suara yang ‘muda’ antara pujian yang sering diberikan kepada Azan.

Jadi adakah Azan mampu jadi juara?

Jangan pandang rendah ya kerana masih ingatkah anda dengan Cliff Umar?

Penyanyi yang dikatakan Underdog tetapi mampu mendudukkan pesaing ‘powerhouse’ seperti Ayu Damit dan Mus May ketika GV7!

Apapun analisis ini hanya boleh membantu kita menilik siapakah yang benar-benar layak.

Keputusan sebenar semuanya bergantung pada persembahan bintang GV8 pada malam ini.

Satu kesalahan kecil boleh menyebabkan kekalahan buat mereka.

Pun begitu, sesiapa pun juara malam ini, keenam-enam mereka sudah memang layak.

Hanya pilih yang terbaik daripada yang terbaik!

Jadi, jangan lupa saksikan konsert akhir malam ini jam 9 malam di Astro Ria.Untuk rekod, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Hiburan

Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

gempak
13/09/2024
02:36 MYT
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.